Cahaya hidayah
Ibu semakin risau dengan tingkah laku Annisa,
adikku. Pelbagai cara ibu lakukan untuk melembutkan hatinya, tapi
sehingga sekarang perangai Nisa semakin menjadi-jadi. Sikap Nisa tidak
ubah seperti seorang lelaki macho yang tidak mahu mengalah dan sukar
ditegur. Ibu dan aku semakin bimbang dengan perangainya kerana tahun ini
dia akan menduduki peperiksaan SPM. Dia banyak membuang masa daripada
mengulang kaji pelajaran.
“ Rilekslah…apa kecoh-kecoh ni,
memeningkan kepala Nisa aja. Nisa tahulah, Nisa yang nak exam bukan ibu,
bukan abang. Tak payah nak risau. Sendiri mau ingatlah”, kata Nisa
membuatkan aku hampir menamparnya, mujurlah ibu sempat menepis.
“ Tamparlah, ingat Nisa takut. Ah…sudahlah….”, marah Nisa.
Aku menggelengkan kepala. Ibu hanya tertunduk diam. Perangai Nisa semakin teruk.
Ibu
bertambah tidak senang setipa kali Nisa membawa pulang teman-teman
lelakinya ke rumah. Ibu malu dengan jiran-jiran apabila memikirkan
tingkah laku Nisa, tambahan pula ibu adalah guru al Quran di kampong
kami. Nisa tidak pernah memikirkan pandangan orang terhadap kami
sekeluarga, baginya dia mahu memenuhi kehendak dan mahu happy selalu
dengan kawan-kawannya tanpa ada kongkongan daripada siapa-siapa.
“
Nisa, ibu rasa Nisa perlu memamaki tudung untuk mngelakkan lagi
pergaulan yang terlalu bebas antara lelaki dan perempuan. Kan cantik
kalau Nisa pakai tudung”, kata ibu dengan lembut.
“ Apa pula ibu
ni, kan ke cara Nisa pakai sekarang ni lebih Nisa selesa. Ibu ni tak
memahami perkembangan semasa anak remaja”, balas Nisa tidak puas hati.
“
Kan ke Islam yang suruh perempuan tu pakai tudung. Mengelakkan daripada
maksiat, pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan”, tambah ibu lagi.
“
Ibu ni tak pernah nampak ke, anak-anak jiran kita ni yang pakai tudung,
perangainya sama saja dengan orang yang tak pakai tudung, malah ada
yang lebih teruk. Kawan-kawan Nisa yang ada kat sekolah tu, yang pakai
tudung, malah tudung labuh, selalu saja keluar dating dengan jantan.
Pegang-pegang tangan, berpelukan. Nisa ni ibu, walaupun macam ni, tak
pakai tudung, tak pernah buat macam mereka tau!”, tengking Nisa di
hadapan ibu.
Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang-kadang aku melihat ibu menangis di akhir malam dalam qiyamulailnya.
Aku mendengar ibu berdoa :
“ Ya Allah, kenalkan Nisa, anakku dengan hukumMu".
Suatu
petang, aku menghampiri ibu yang masih termenung di hadapan jendela di
ruang tamu rumah kami menunggu Nisa yang masih tidak pulang dari
sekolah.
“ Ibu…sabar ye. Allah sentiasa bersama-sama dengan orang
yang bersabar. Kita minta semoga Allah membuka hati Nisa. Mungkin bukan
sekarang tetapi pada masa akan dating. Tapi, kita jangan jemu memohon
kepada Allah ye ibu. Saya tahu ibu risau, tapi Insya Allah, Allah pasti
akan mebantu hambanya yang selalu bersabar dan tidak putus-putus memohon
kepadanya.”pujukku sambil memeluk bahu ibu. Ibu mengangguk sambil
menitiskan air mata.
Hari ini kami menerima kehadiran jiran baru
yang berpindah berhampiran dengan rumah kami. Orangnya masih muda,
mempunyai seorang isteri dan enam orang anak yang masih kecil. Menurut
ibu, lelaki itu namanya Abu Hamzah. Aku sempat mengenalinya ketika
sama-sama ke masjid untuk emnunaikan solat Maghrib
Sudah beberapa
bulan Abu Hamzah berpindah ke kampong kami, namun aku tidak pernah
sekalipun dapat melihat isterinya apatah lagi untuk berbual-bual. Tidak
lama kemudian, aku mendengar desas desus dan cakap orang kampung
“
Macam mana nak keluar rumah, isterinya tu buta, bisu, dan tuli Kalau
keluar rumahpun menyusahkan orang. Mungkin ga dia malu untuk
memperkenalkan isterinya kepada orang kampong”, kata salah seorang
penduduk kampong kami.
Desas desus itu mendapat perhatian daripada Nisa. Dia sibuk bertanyakan aku dan ibu tentang isteri Abu Hamzah.
“ Ibu…betul ke isteri Abu Hamzah tu bisu, tuli dan buta”, Tanya Nisa ingin tahu.
Ibu Cuma menggelengkan kepala.
“ Nisa pergilah tengok sendiri, pergi Tanya sendiri dia, kalau Nisa nak tahu sangat”. Sampukku.
Rupa-rupanya adik mengambil serius dengan kata-kataku itu. Petang itu juga adik pergi menziarah ke rumah Abu Hamzah.
Aku
dan ibu pelik dengan keperihatinan adik untuk mengetahu tentang keadaan
keluaraga Abu HAmzah dan isterinya yang dikatakan bisu, buta dan tuli,
padahal sebelum Nisa lebih sibuk memikirkan hal peribadinya. Aku dan ibu
membiarkan sahaja Nisa bertindak.
Suatu keajaiban yang berlaku
kepada Nisa. Mungkin ini juga daripada Allah SWT. Aku dan Ibu melihat
perubahan Nisa sekembalinya dari rumah Abu Hamzah. Perubahan yang cukup
mendadak. Nisa banyak murung, banyak bermuram. Wajahnya pucat lesi.
Entah apa yang berlaku. Bila ibu dan aku bertanyakan kepada dia, dia
cuma mengatakan dia tidak apa-apa, tetapi dalam nada yang lembut sedikit
berbanding sebelum-sebelum ini.
Selang beberapa hari, ibu
terkejut dengan permintaan Nisa. Nisa minta ibu buatkan tudung untuknya.
Tudung yang labuh seperti yang ibu pakai katanya. Nisa juga sekarang
sudah pandai memakai baju labuh dan berlengan panjang. Aku bingung dan
bercampur syukur dengan perubahan ajaib dari dalam diri Nisa. Ibu adalah
orang pertama yang paling gembira dengan perubahan Nisa itu.
Nisa
berubah seratus peratus. Tidak ada lagi keraian ataupun pesta
makan-makan di rumah kami bersama –sama teman-temannya yang dating hanya
untuk bercakap perkara yang tidak berfaedah. Nisa banyak berfikir,
banyak merenung dan membaca buku dan majalah-majalah Islam. Tidak ada
lagi majalah-majalah hiburan di tangannya.
Ibadah Nisa juga semakin
hari semakin mantap. Melebihi aku sendiri. Nisa banyak melakukan
Qiyamulail bersama ibu, membaca dan , mentadabbur al Quran. Yang lebih
menakjubkan lagi, setiap kali kawanku dating Nisa banyak menundukkan
pandangannya, berbanding dulu dia suka menyakat atau mempermainkan
kawan-kawanku.
“ Segala puji BagiMu Ya Allah…”, jerit batinku.
Lima bulan kemudian,, aku mendapat panggilan untuk bekerja di Gurun,Kedah kerja di Petronas.
Dua bulan aku bekerja di sana, aku mendapat khabar bahawa Nisa
sakit tenat ( sakit Lukemia ) hingga ibu memanggil aku pulang ke Kuala Lumpur.
Dalam
perjalanan, aku tidak putus-putus berdoa kepada Allah SWT agar Nisa
cepat sembuh. Hanya itu yang aku mampu usahakan. Bas teru meluncur laju.
Setibanya
aku di perkarangan rumah, orang ramai sudah memenuhi kawasan halaman
rumahku. Hatiku berdebar-debar. Tidak mampu ditahan. Aku terus berlari
masuk ke dalam rumah. Aku melihat ibu menangis. Aku terus
menmghampirinya lantas memeluknya erat. Kami sama-sama tidak mampu
menahan kesedihan. Aku melihat sekujur tubuh ditutupi kain putih. Dalm
esak tangis itu, ibu membisikkan ke telingaku
“ Zul, Nisa mampu
mengucap kalimah syahadah di akhir hidupnya”. Air mataku tidak dapat
ditahan lagi. Aku bersyukur dengan berita itu. Ya Allah…moga yang
terbaik daripadaMu untuk adikku Nisa.
Majlis pengkebumian Nisa
berjalan dengan baik. Selaps selesai, aku pulang ke rumah. Aku melihat
bilik Nisa dengan penuh kesayuan. Perlahan-lahan aku membuka pintu
biliknya. Aku memerhatikan sekeliling biliknya. Penuh dengan ayat-ayat
suci al Quran. Biliknya dikemas rapi. Tidak lagi seperti dulu, penuh
dengan gambar-gambar artis. Aku terpandang sebuah diari di atas meja
Nisa. Diari yang selalu Nisa tulis. Diari yang menjadi teman setianya
sebelum tidur semas hayatnya. Aku membuka sehelai demi sehelai halaman
yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul dihatiku.
Aku
membacanya dengan penuh khusyuk. Perubahan yang berlaku kepada Nisa
ketika dia pulang darti rumah Abu Hamzah. Di situ tertera soal jawab
antara adik dan isteri jiran kami, isteri Abu Hamzah.
Soal jawab itu:
Aku lihat lembaran-lembaran itu banyak bekas air mata Nisa
Nisa : Aku hairan, melihat wajah itu cerah dan bersinar seperti bidadari.
Mak Cik… wajah mak cik sangat muda dan cantik”. "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"
Isteri jiranku: Alhamdulillah, sesunguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati.
Nisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik .
Isteri
jiranku :Subhanallah.. sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan
bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?
Nisa:
Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi
saya selalu menolak kerana saya rasa tak ada masalah kalau saya tak
pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, ramai wanita
yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai
tudung..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak
cik bagaimana?
Isteri jiranku : Nisa, sesungguhnya Allah SWT
menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga
hujung kaki,segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan
muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT
nanti,tudung adalah perlindungan untuk wanita ..
Nisa:Tapi yang saya tengok,ramai wanita bertudung yang kelakuannya tak elok..
Isteri jiranku :Tudung hanyalah kain, tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami
Nisa: Apakah hakikat tudung ?
Isteri
jiranku :Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata
kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu
dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia-sia ..sentiasalah
lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari
mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun
masyarakat lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk,
lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh,
lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu
dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu
kamu,lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah
biasa,maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. itulah
hakikat tudung.
Nisa : makcik,sekarang saya sudah jelas tentang
erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana
saya nak buat semua tu?
Isteri jiranku : Duhai Nisa, bila kamu
memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT
yang Maha Pemberi Rahmat bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan
diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga
mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT.
Duhai Nisa
..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..
ketika ditiup sangkakala yang kedua, pada saat roh-roh manusia seperti
anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada
batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun
tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan diatas kepala kita namun
keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak
mempedulikan anaknya,anak tidak mempedulikan ibunya,sanak-saudara
tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi
musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini,ketika
manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing-masing hanya
mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat
peluh yang banyak,dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang
tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta
ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang
berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu
Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah
hariitu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang
mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari
itulah dipanggil hari Hisab.. Duhai Nisa, bila kita tidak berusaha untuk
beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila
kita ditanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat
Yang Maha Agung Allah SWT
Sampai di sini sahaja kisah itu aku
baca kerana disini tulisannya terhenti dan aku lihat banyak titisan
airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah . Aku selak
halaman berikutnya dan aku lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan
itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki
selain muhrimnya, wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang
dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah
dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia"
Tak tahan
airmata ini pun jatuh. semoga Allah SWT menerima adikku disisinya...Aaminn
Subhanallah ..sekali Allah hendak beri hidayah....siapapun tidak boleh
menghalangnya ?