Kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita
ketahui.Cuba kita amati.Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir
ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu,keras dan hanya mimik
mukanya yang menahan kesakitan 'sakaratul maut'.
Diriwayatkan
sebuah hadis yg bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan,
jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya."Ini jelas menunjukkan,kita disarankan agar mendiamkan diri,jangan berkata
apa-apa pun semasa azan berkumandang.Sebagai orang beragama Islam kita
wajib menghormati azan.Banyak fadhilatnya.Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri.
Mengapa
ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang
berkata-kata ketika azan,Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.Kita
takut dengan
kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita
tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah.."yang mana sesiapa yang
dapat mengucapkan kalimah ini ketika
nyawanya akan dicabut Allah dgn
izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu
semasa nyawa kita sedang dicabut."Ya Allah! Anugerahkanlah kematian
kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami
mengucap
kalimah "Lailahaillallah.."semasa sakaratul maut menghampiri kami.Amin..amin..amin Yarobbal a'lamin.."
WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;
Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.
Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.
Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.
Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.
Wang
RM50 atau USD50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma
masjid,tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket.Waktu 45 minit
terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untukpertandingan bola sepak.Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.
No comments:
Post a Comment