Dibawah ini adalah beberapa petikan hadis yang menyatakan mengenai
kelebihan wanita solehah, mudah - mudahan dengan membaca dan menghayati
hadis ini akan memberi kekuatan kepada kita untuk mengamalkan Islam
dalam erti kata yang sebenarnya. Insyaallah.
"Empat jenis, siapa
yang diberi akan keempat - empat jenis ini beerti dia telah memperolehi
sebaik - baik dunia dan akhirat. Iaitu hati yang selalu bersyukur,lidah
yang sentiasa berzikir,jiwa yang selalu sabar dengan cubaan dan isteri
yang tidak melakukan dosa dan menzalimi suaminya".
Ath-Thabrani.
"Tidak
perlu lagi seorang mukmin setelah ianya bertakwa kepada ALLAH akan
sebaik - baik keperluan baginya selain dari isteri yang solehah. Jika ia
menyuruh isteri mentaatinya.Dan jika dia melihat kepada isterinya,isterinya menyukakan hatinya.Dan jika dia menyumpah memarahi isterinya,
isterinya tetap juga berbuat baik kepada suaminya.Dan jika suaminya
tiada dirumah dia menyimpan rahsia dan harta suaminya".
Ibnu-majah.
"Janganlah
kamu mengahwini wanita kerana paras rupa yang cantik,mungkin paras
rupa itu membawa kehancuran, jangan kamu kahwini wanita kerana hartanya
kerana berkemungkinan harta itu membawa kepada kezaliman.Tetapi
kahwinlah wanita kerana agamanya, seorang wanita hamba yang hitam yang
menghayati agama sesungguhnya lebih baik"
No comments:
Post a Comment