Assalamualaikum..
Kadang-kala,dalam keghairahan mencari redha Allah,
jiwa kadang-kadang lesu tak bermaya. Apabila ujian satu demi satu
diberiNya hati mula keluh kesah.Lagi kuat ujian lagi mula tersasar
kita. Mengapa ya? Jangan dibiarkan sahabatku saudaraku fillah yg kucukup
kasihi keranaNya. Gembirakanlah hatimu, ranapkan tahzanmu,
garapkan keyakinanmu kepada janji Yg Maha Menunaikan janji, Allah Tuhan
Sekalian Alam, Dialah Pencipta, Dialah Pentadbir, Dialah Penguasa dan
Dialah Pemelihara.
Ikhlaskan hatimu dalam menerima agamaNya..Kerana Dia cukup mengasihi hambaNya yg benar-benar ikhlas dlm
memperhambakan dirimu kepadaNya. Redhalah dengan ujian yg diberi
kepadaMu. Bersabarlah dengan ujian Tuhanmu, kerana janjiNya kepadamu
terlalu banyak andai kau bersabar.
a) Allah tidak mensia-siakan
kebaikanmu dalam kesabaranmu“ Dan bersabarlah kerana Allah tidak
mesia-siakan pahala orang yang berbuat kebaikan” Al Hud: 115
b)Balasan
syurga kepada as sabiruun “Dan Dia memberikan balasan kepada mereka
atas kesabaran mereka dengan syurga dan pakaian sutera” al Insan :12
c) Keselamatan ke atas mereka “Keselamatan ke atas kesabaran kamu maka alangkah baiknya tempat kesudahan itu” ar ra’du:24
Maka
bergembira dan bersabarlah.Raikanlah dugaan itu. Malah, dalam
kelelahan meredah kepayahan akhirnya pasti berjumpa dengan kesenangan.
Itulah janji Allah.“……Allah tidak memikulkan beban kepada seseorang
melainkan sekadar apa yang diberikan oleh Allah kepadanya,Kelak Allah
akan memberikan kelapangan sesudah kesempitan” At Talaq:7
Sedarlah
dirimu, ujian itu adalah yang terbaik buat dirimu..Maka janganlah lesu,janganlah goyah..kerana kita tidak tahu, mungkin itu yang terbaik buat
kita..
“…Boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan itu baik
bagi kamu, dan padahal itu baik bagi kamu sedangkan kamu tidak
mengetahui. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui” Al
baqarah:216
Janganlah lesu saudaraku fillah..Kerana kita ada
Allah dan Dialah sebaik-baik Penolong.Allah lah jua yang akan
membantumu dengan sebenar-benar bantuan dariNya.
Allah akan memberi
pimpinan kepada mereka dan memperbaiki keadaan mereka dan memasukkan
mereka ke dalam syurga yang telah diperkenalkanNya kepada mereka.
‘Hai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong Allah,nescaya Dia akan menolong kamu dan meneguhkan kedudukanmu” Muhammad:5-7
Maka
sahabatku,usahlah bersedih lagi.Janganlah lesu dan layu dibiarkan
terus membara.Kembalikanlah semangat juangmu utk keredhaan Allah.Apakah hatimu masih tidak gembira dengan janji Allah,yang tidak mampu
utk ku nukilkan semuanya dalam laman maya ini.
Berwudhu’, dan
solatlah dan berzikirlah,krn hanya dengan itu hatimu kan tenang,resah
kan kian kabur, masalahmu kan diselesaikan..
“Maka aku katakan
kepada mereka ‘Mohonlah ampun kepada Tuhan kalian, sesungguhnya Dia Maha
Pengampun, nescaya Dia akan menurunkan hujan yang lebat kepada kalian”
Nuh:10-11
Akhirul kalam,moga dirimu kan sentiasa diberi
ketenangan dan kekuatan, dengan janji Allah yang Maha Agung.. Moga
janjiNya menggembirakan hatimu…
Insya Allah
No comments:
Post a Comment