Tuesday, 25 November 2014

Sekadar Renungan

Cerita ni kami dapat di ruangan FB sesuai juga untuk di kongsikan sebagai renungan dan teladan bersama. Kepada wanita wanita yang mudah sangat rasa sayang dan mudah sangat nak bercouple tu  tu berhati-hati lah yer.. renung-renungkanlah..selamat beramal

 
1. salam. Blh sy kenal awk? Sy tertarik dgn prwatakan sopan awk. Dah lama sy prhatikn awk. Awk dak baik n sy trtarik la dgn tudung labuh awk. Sy harap kite bleh brkenalan.. ukhuwah fillah org kate..sy x terer sgt arab ni…

2. Trima kasih krn mnerima sy. Sy akan try sedaya upaya sy mnjaga awk dan mgikut syariat. Sy tau sy bukan baik sgt, tp demi Allah, sy cuba buat yg trbaik utk awk…

3. Ingat tau,,jaga aurat leklok..jgn bagi org lain nmpk..kuar ngan kwn2 tau.. jgn sorg2..blk contact sy ek..sy doakan awk selalu..

4. awak,nape x contact sy. Sy risau awk kuar lama2..ye..mmg sy xde hak pun..sy tau sy percaye awk,,tp sy x tau la nk kate cmne. Kite slalu nmpk dari jauh je ek.Tp sy rasa awk mcm dkt je ngan sy. Mgkn ni org kate cinta kot,,wak..awk cinta sy x? xnk bgtau.. tp sy tau awk cinta sy..awk da malu nk jln tmpt sy lepak sbb malukan?..kih3. .tq.. i love u too..

5. Wak,,selain family,,Allah dan rasulnyer.. awk sayang sape ek? Sape saya dlm hati awk?

6. Wak wak..dr kawan kite just pggl sy awk je..mcm x special plk diri sy utk awk. sy tringin gak nk jd cm member2 sy. Pggl syg.. bole ke? Awk pggl sy bi ek? Rasa mcm baby sket. X salah kan.. just panggilan je..thanks syg.. love u... ..

7. Yang. kekdang bi tgk syg ni mcm x prcaya bi je. Yela, bi just tanya syg pkai apa je kan .. tq ek gtau,,mkin dalam pulak rindu kat syg ni... .hihihi..

8. Yang bi nak syg tau,,sayanglah segalanya utk bi,,syg la pmberi semangat utk bi... yang... ..bi harap bi ngan syg xde rahsia lagi ek.. jgn risau..inikan membuktikan bi caring.. so jgn risau..k..yeye. . bi janji kan jaga rahsia kite..just msg je kan..love u..papai.. mmuahh!

9. Syg..da lama kite msg,,leh kite jumpe x? ye..ayang bwk la kawan2 k..tq yunk! i love u.... ..

10. Tq pggl bi ngan pgglan abg.. abg tggu lame da..abg tau..kite x leh pakse dlm hubungan..la iqra hafiddin..hehe. . sikit sikit je..kih3..

11. Hi syg,,watpe 2? Nk ckp sket.. nape syg bwk satu battalion nak jumpa abg?... syg x caye kat abg eh.. huhu..

12. Syg..kite jumpe k?..abg suka syg pakai tudung yg abg beli tu..cam wardina lak..bkn syg x cntk.. just nmpk mkn cntk la..nipis sikit je.. nnt jumpa nnt syg bwk sorg dah la k..

13. Syg..abg sory ngan apa jd td.. abg trsentuh jari syg td.. Tol gak ckp syg eh,,trsentuh xpe..TER.. hehe..makin tebal la pulak cinta abg kat syg..

14. Thanks jumpa td,,syg cntk la.. Ololo..abg romantik sket pun salah ke? Ske abg romantik ek? Hehe.. Eh,,td jumpa abg da berani tenung abg ek..hoho.. tgk td kwn syg cam ske kat kwn abg je.. senang la kita jumpa pasni.. tgk..Allah memberkati hubungan kite.. syg solat dah ke? Doakan abg skali ek..miss u..

15. syg..just nk tanya.. syg cinta bg berapa percent? Apa tandanya eh? 50% je... huhu..yang. . just nk tanya..rambut syg panjang x? just thinking of u at the moment…

16. Td terbeli tudung pendek.. yg abg bg kat syg tu.. syg..bg la gmbr syg special untuk abg yg pakai tudung td 2.. Cntk nye syg..gambar ni nak wat wallpaper hp ngan kompter abg la..

17. Yang.. syg cintakan abg berapa percent? Sepenuh hati Thanks syg..love u too.. abg janji,,abg akan jaga syg baik2 dan xkan tinggalkan syg...

18. Syg..da lame kita couple kan.. xkan abg pegang tgn pun nak marah.. Syg kan milik abg.. Thank 4 being understanding. .

19. Syg kata Syg cintakan abg sepenuh hati.. kalu gitu..apa buktinya Syg cintakan abg..?

SELEPAS ITU BARU BERMULA ZINA YANG SEBENAR...

20. huh!... syg mengndung? tahu kat ne... cube check balik dgn doktor... xkan sekali buat dah mengandung,,check balik k..

21. huh! btol la syg mengndung ni?? syg,,utk kebaikan kita berdua,,lebih baik syg gugurkan kandungan tu.. gugurkan k..

22. Nape plak xnak? xberdosa la klu bunuh benda yang masing xbernyawa.....gugurkan jelah!!! jgn buat masalah bleh x!!

23. xsakitlah!!! nape manje sangat ni! xkan bnda mudah cam tu pun xbleh buat..

24. sori syg,,abg xbleh temankan syg ke klinik tu,,abg malu klu terserempak dgn family or member,,malu la abg klu diorg nmpak abg bwk syg dgn perut syg yg besar tu..

25. Ape!! RM 5,000?? kau yg mengandung... kau cari sendiri la duit nak gugurkan anak tu.. bukan masalah aku.. lantak kau la... bukan masalah aku jgak keluarga kau pulau kau.. kau tu yg bodoh!! kau ingat kau tu cantik sgt?? aku dah xingin kat kau!! pergi mmpos!

26. jgn kol n msg lg bleh x?!.. aku sbuk.. xde masa nk layan kau!...

27.(terputus hubungan)

  • wanita itu mati akibat kegagalan proses penguguran..
  • si lelaki mencari mangsa baru..
  • dan kejadian terus berulang..

ITULAH KEBANYAKAN YANG TERJADI DI DUNIA KITA INI...berhati-hatilah wahai WANITA...

Kesan Buruk Makanan Segera

Makanan segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu sangat makan benda-benda camni. so aku pun menggoogle untuk mencari kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-

Makanan segera banyak aditif / bahan campuran

Salah satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran. Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.

Contoh lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E", seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate), E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung, tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.

Lemak Berlebihan

Selain itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula, pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain. Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.

Tiada Zat

Ramai yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat lain.

Untuk menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah restoran:

Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.

Ayam goreng
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

Susu kocak
Susu ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

Garam
Secara purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London, sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.

Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk kanak-kanak dan remaja.

Serat
Serat terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus. Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit serat.

Vitamin dan zat galian
Jangan terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan terlalu sedikit.

Kesimpulannya, makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan manusia dalam jangka masa yang panjan

Rungkai Misteri Nombor HP Anda

Setiap nombor telefon bimbit kita mempunyai misteri tersendiri,nak tahu apa yang menariknya nombor telefon bimbit kita nih..? jom kita cuba sama - sama .

Sediakan kalkulator :

Masukkan 3 angka pertama kedalam [ jangan masukkan 01x ] 012 - - - 6788 .

Darabkan [X] dengan 80 .

Ditambah [+] 1.

Darabkan lagi dengan [X] 250

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda.

Tambah [+] 4 digit terakhir no. hp anda sekali lagi.

Tolak [-] 250.

Terakhir bahagi dengan [/] 2.

Dan lihat hasilnya = [ Nombor Telefon anda bukan ?]


Dilema Cinta

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta,kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN:

  1. Kekerapan untuk berhubung (call,sms,mms, email,online)
  2. Kekerapan untuk berjumpa
  3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
  4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
  5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama
 
 
 
Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta.Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.

Persoalannya adalah,

DILEMMA…Anda Tertanya-tanya…Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua.Anda mulai RISAU,terasa KEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk.Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin:

  1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
  2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.
  3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.
  4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.
  5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.
Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…

Tarik nafas dan Rilekss…Usah terlampau risau..Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta.Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda.

Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut:

Langkah 1
Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.

Langkah 2
Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.

Langkah 3
Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”
Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda.Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini.Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG !

Sentiasa ingat,“BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta..



Saturday, 22 November 2014

Jawaban Kepada Alasan...

Berikut merupakan 10 alasan yang paling popular yang akan kita dengar apabila kita menyeru seseorang WANITA MUSLIM untuk menutup aurat mereka.

1. Semua yang tutup aurat, kompem masuk syurga ke?
Dik, yang pasti, jika tidak menutup aurat, confirm masuk neraka.

2. Pakai jarang ke, ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka, jangan tengok.
Dah lalu lalang depan mata, suka tak suka pasti tertengok jugak. Adakah kita berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan?

3. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
Seksi atau tidak, kita tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut.

4. Walaupun kami tidak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
Kita yakinkah bahawa ibadah kita itu sudah cukup untuk menjamin kita ke syurga?

5. Suka hati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
Anda sebenarnya telah menyusahkan bapa, suami, saudara lelaki dan anak lelaki anda dengan menarik mereka ke neraka bersama anda disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik anda.

6. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
Berani cakap kat dunia. Berani ke cakap macam tu depan Allah nanti?! Lawan perintah Allah, neraka tempatnya.

7. Kami pakai seksi macam ni sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene.
Sanggup patuh arahan mereka yang hanya manusia biasa daripada patuh suruhan Allah?

8. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
Macam mana seru tu?! Nasihat yang diberi tu, seru lah tu. Nak seru macam mana lagi? Mati tidak mengenal usia. Takut tak sempat nak bertaubat nanti.

9. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.
Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, "Tunggu la kejap. Lepak la dulu. Jangan ambil nyawa aku lagi"

10. Tutup aurat tu bagus, tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
Kalau begitu anda sebenarnya memang hipokrit. Mengaku sebagai Islam, mengaku sebagai hamba Allah, mengaku sebagai umat Muhammad, namun segala suruhan agama, segala perintah Allah, segala pesanan Rasulullah, semuanya anda tak buat. Ikhlas tak ikhlas lain cerita, yang penting WAJIB buat!

Insyaallah semoga bermanfaat buat mereka yang tercari-cari jawapan mengenai isu ini.

1. Walaupun dedah aurat, diri masih menjaga maruah dan tidak melakukan perkara tak senonoh?

”Janganlah nilai orang dari luarannya. Don’t judge a book by its cover!”
“Walaupun tidak pakai tudung, saya tetap masih jaga solat dan menjaga tingkah laku”

Jawapan:

Adakah anda mendakwa diri anda mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri tanpa perlu menutup aurat? Tetapi adakah anda berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi yang melihat aurat anda mempunyai hati sesuci dan iman setinggi anda juga?

Langsungkah mereka tidak memberi kesan dan tidak membangkitkan nafsu serakah mereka yang berada di hadapan anda? Jadi, perlu diberi kefahaman bahawa kewajipan wanita menutup aurat bukanlah semata-mata untuk menjaga maslahat dan maruah pihak wanita itu sendiri, tetapi maslahah yang lebih besar ialah menjaga masyarakat yang berada di sekelilingnya agar tidak terfitnah disebabkan budaya mendedahkan aurat.

Betapa banyak kes-kes jenayah rogol dan cabul berpunca daripada wanita sendiri yang mempamerkan tubuh badannya yang terdedah di hadapan khalayak lelaki. Maka tutuplah aurat bukan sekadar untuk anda, tetapi juga demi kemaslahatan orang lain di sekeliling.

2. Perempuan yang bertudung lebih teruk daripada tak bertudung?

“Ala… perempuan pakai tudung pun berperangai buruk!”
“Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung!”
“Ada seorang kakak tu pakai tudung, tapi perangai buruk, mengumpat sana mengumpat sini”
“Siapa kata orang tak pakai tudung semua jahat?”

Jawapan:

Ungkapan anda ini seolah-olah sedang memperlekehkan insan yang sedang berusaha mentaati perintah Allah (dalam bab tutup Aurat). Apakah anda perasan bahawa anda sudah lebih baik berbanding insan yang menutup aurat tersebut apabila anda berani melafazkan ungkapan seperti itu, sedangkan anda sendiri membiarkan aurat anda terbuka?

Salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan untuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.

Nabi bersabda:

Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu dia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya. (HR At-Tirmidzi)

3. Tidak mahu hipokrit bila bertudung?

“Bertudung ni perlukan keikhlasan…”
“Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh.”
“Buat apa pakai tudung kalau hati tak betul”

Jawapan:

Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah WAJIB untuk menutup aurat tidak kira sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri. Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Sekiranya ikhlas dijadikan alasan maka, ramai diluar sana tidak perlu solat 5 waktu kerana sukar mencapai tahap keikhlasan yang ingin dicapai.

Perlu diingatkan, jika seseorang menutup aurat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.

Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya, tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI.

Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat. Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.

4. Menunggu seru untuk bertudung?

“Biarlah ianya datang daripada saya sendiri, bukan dipaksa sesiapa. Bila tiba masa, Insyaallah saya bertudung”
“Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang”
“Insyaallah, apabila sudah berkahwin barulah saya bersedia”

Jawapan:

Jika bukan sekarang, maka adakah apabila sudah terlantar di rumah mayat baru ingin berubah? Sedarilah wahai diri, bahawa kematian akan datang secara tiba-tiba dan tiada sebarang jaminan umur masih panjang beberapa minggu lagi.

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang bisa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan jangan menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka atau ayah mereka atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara mereka, putera-putera lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang ‘aurat wanita. Dan jangalah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka.Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.” – (Surah an-Nur ayat 31)


Jangan Menikah Kerana....???

1. Jangan menikah kerana harta

Tidak ada gunanya hidup bergelumang harta tanpa cinta. Harta dapat datang dan pergi setiap saat. "Cinta" yang sesat dan sesaat dapat diperoleh setiap saat, tapi cinta yang sejati tidak dapat dibeli dengan harta.



2. Jangan menikah kerana perasaan asmara

Rasa tertarik, simpati, naksir, yang merupakan asmara yang sering disalah ertikan sebagai cinta. Asmara itu bukan cinta. Asmara dapat cepat berubah oleh rupa, harta, tempat dan keadaan. Asmara itu buta, tidak tahan lama dan tidak tahan uji. Cinta perlu diuji dalam suka dan duka dengan mata terbuka.


3. Jangan menikah kerana rupa saja

Kecantikan yang diluar memang indah, tapi dapat luntur termakan umur. Utamakanlah kecantikan yang di dalam.


4. Jangan menikah kerana iba

lba (rasa kasihan) memang baik dan harus ada dalam hidup kita, tapi tidak boleh menjadi dasar pemikahan. Kasihan dapat habis, tapi kasih tidak berkesudahan. Dasar pernikahan adalah kasih, bukan kasihan


5. Jangan menikah untuk kepuasan *** saja

Memang *** suci dan penting dalam hubungan suami-isteri, namun tidak boleh menjadi tujuan utama dari pemikahan. *** hanyalah salah satu bahagian dari pernikahan. Orang yang hanya mengejar kenikmatan *** akan kecewa dan terjerat oleh kesusahan yang diciptakannya sendiri.


6. Jangan menikah kerana paksaan keluarga

Seorang anak harus berbakti kepada keluarga, namun tidak boleh menyerah dalam hal nikah, kalau mereka memang salah dan anda benar.
Berdoalah dan berikanlah penjelasan kepada mereka, jangan dengan kekerasan.


7. Jangan menikah kerana desakan usia

Bila usia sudah menjelang senja dan rakan-rakan sudah berpasangan, orang akan mulai gelisah (terutama pada wanita). Banyak orang akhimya "asal tabrak dan sikat." Hindarilah tindakan

Sabarlah dan yakinilah bahwa Tuhan sudah menyediakan yang terbaik untuk anda. Jangan takut kehabisan jatah dan kadaluarsa.


8. Jangan menikah untuk membalas jasa

Orang yang telah berbuat baik perlu dibalas, tapi jangan dengan pernikahan. Salah satu hal lain yang tidak boleh dilupakan, dan merupakan yang terpenting adalah jangan menikah tanpa pengertian dan persiapan dengan tindakan yang nyata. - Menikahlah menurut pola rencana Tuhan - Daripada salah dan mengundang derita, lebih baik tidak menikah. Jika tidak diteguhkan oleh Tuhan. Kerana Tuhanlah yang menciptakan manusia sepasang-sepasang. Tanpa persetujuan Allah,tidak mungkin manusia akan dapat bersama.

5 tips khas untuk wanita.



Kesyukuran yang selalu dipanjatkan dengan sepenuh hati akan memberi kesan tersendiri pada Anda.Perubahannya ketara. Anda akan jadi girang, gembira, bersemangat.

Tips 1: Tiap kali Anda bangun di awal pagi, ucapkan syukur.

Ucap syukur kerana Anda dapat tidur makam tadi Anda dapat rehatkan badan Anda.Ucapkan syukur kerana Anda masih hidup hari ini,kerana Ana saja boleh mati ketika sedang tidur.Sesiapa saja berisiko besar untuk mati ketika sedang tidur.Selepas bangum,ucapkan syukur.Tanamkan azam di dalam hati Anda mahu capai tahap terbaik dalam apa jua perkara yang Anda lakukan hari ini.

Tips 2. Ketika Anda menyediakan makanan dan minuman untuk suami dan anak-anak, ucapkan syukur.

Ketika Anda sibuk menyediakan sarapan untuk suami dan anak-anak,niatkan untuk menggembirakan hati mereka.Mereka gembira merasai hidangan Anda,kesannya Anda akan gembira sama.Apabila terlihat senyuman mereka,ucapkan syukur di dalam hati kerana Anda berjaya menggirangkan hati mereka dengan air tangan Anda.
Usah pertikaian rasa penat, mengantuk, lemas badan,malas ataupun rasa terpaksa.Hadirkan syukur pada Tuhan kerana Anda ada seorang suami yang menyangi Anda (dan untuk Anda sayangi) serta anak-anak sebagai penyeri hidup.

Tips 3. Lihat sekeliling Anda, cari keindahan di sebaliknya.

Hidup Anda indah sebenarnya,cuma Anda tak nampak selama ni.Lihat sekeliling anda, sekeliling rumah Anda,bunga-bunga Anda,dengar kicauan burung,rasai desiran angin, nikmati kehijauan dedaunan.Rasai ketenangan ketika Anda menatap semua itu.Kemudian, ucapkan syukur kerana Anda diberi peluang menikmati keindahan alam.

Tips 4. Jadikan tugasan sebagai peluang untuk Anda berbakti.

Seorang suri rumah,pasti sangat sibuk.Memasak,mengemas,membersih,menghias.Anda pasti banyak tugas yang perlu dilakukan ! Jika di lihat dari perspektif lain,tugas-tugasn seorang suri rumah sebenarnya adalah peluang untuk dia beroleh pahala.Niatkan dalam hari Anda melakukan semua pekerjaan Anda dengan bakti kepada suami,kepada anak-anak,bakti kepada keluarga Anda keseluruhannya.Banyakkan memberi tenaga,banyakkan main peranan. Lakukan kesemuanya dengan kasih sayang.Apa yang Anda curahkan,Anda akan dapat semula. Percayalah,apabila suami Anda puas hati dengan apa yang Anda buat,anak-anak memuji usaha Anda,hati Anda pasti girang dibuatnya.Syukurilah semua itu !

Tips 5. Ingat selalu perkara-perkara yang Anda syukuri.

Kebanyakan orang jadi tidak bermotivasi sebab fikiran mereka disesakkan dengan masalah duniawi.Kesannya, mereka jadi gelisah,rasa tidak selesa.Mungkin Anda pernah mengalami hal yang sama.Fikiran Anda sesak dengan hal-hal di tempat kerja, karenah memualkan rakan sekerja, tugasan bertimbun,perangai orang-orang yang berurusan dengan Anda,hutang piutang yang perlu dibayar,gaji yang tinggal sedikit,keinginan yang semakin membanyak.Semua ni membuat Anda hilang semangat mahu meneruskan hidup.Anda dilanda tekanan-tekanan halus. Anda cepat melenting, pemarah dan pendendam.

Untuk jadi suri rumah bermotivasi serta wanita bermotivasi,maafkan kesalaah orang lain sebelum Anda tidur.Ketika Anda tidur,kemaafan itu akan mencuci segala kemarahan dan dendam dalam fikiran Anda.

Esok paginya,Anda bangun dengan rasa girang.Nak bersyukur pun senang sebab fikiran anda tak sesak dengan perkara-perkara yang menyakitkan hati.

Bila Anda sudah bangun dan menjalani kehidupan seharian,amalkan selalu rasa bersyukur. Hargai dan ucapkan terima kasih di dalam hati.Hargai orang-orang di sekeliling Anda dan hargai apa yang mereka buat pada Anda.Hargai benda-benda yang Anda gunakan. Hargai makanan atau minuman yang suami Anda buatkan.Hargai kenalakan anak-anak di waktu pagi sebab dari gelagat sebegitulah,bisa tersenyum.Walaupun kekadang perangai mereka menyakitkan hati,namun Anda pasti tersenyum ! Hargai anak Anda dan ucap terima kasih padanya kerana menjadi penyeri hidup Anda selama ini,walaupun dia dah besar panjang.

Seterusnya,untuk Anda bersemangat selalu,ingatlah perkara-perkara yang Anda syukuri. Latih diri Anda melakukan perkara ini.Kesannya pasti mujarab.Ada syarat.Jangan pernah ingat hal-hal buruk di masa lalu,walau cuma sesaat ! Ia akan memadam kegirangan Anda secara automatik.

Disiplinkan fikiran.Hal ni sukar untuk kali pertama.Namun apabila Anda rajin menghargai dan mensyukuri segala-galanya bermula dari perkara-perkara kecil,pasti Anda dapat membina kekuatan mental. Anda akan mahir menangkis fikiran negatif lalu mengubahnya kepada perkara lain. Kawalan emosi Anda juga akan jadi semakin kukuh.

Sunday, 16 November 2014

Pesanan untuk yang hodoh dan cantik

Setiap orang adalah unik.Setiap orang ada kelebihan dan kekekurangannya yang tertentu.Tidak ada manusia yang sempurna kecuali Rasululluh s.a.w kerana baginda telah ditentukan maksum.Selebihnya tidak terkecualai daripada sifat lemah,buruk,hina,sakit dan bermacam-macam perkara lagi.Anda tidak perlu berasa susah hati lantaran gemuk,tidak menarik,terlalu rendah malah cacat.Biar bagaimana keadaan anda,anda tetap unik dan tanpa anda alam ini tidak sempurna.


Memang ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.Disitulah berkuasanya ALLAH.Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,mempertikai itu ini.Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada pada diri anda.

Nah, anggap ia satu kelebihan.Jika anda sangka anda buruk,ia satu kelebihan yang tiada pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa membawa untung ? Tidak,tidak selalunya begitu.Kadang-kadang kecantikan memusnahkan.Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk. Orang cantik fobia menjadi buruk.Setiap kedutan di wajah akan dirawat dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti tiba,bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka ? Bukankah rasa susah yang tiada kesudahan?

Kadang-kadang seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan menerjah api.Samalah halnya,kadang-kadang seseorang manusia itu diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.Tontonlah filem atau drama-drama di TV.Kisah hidup orang cantik selalunya penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.Dan wanita itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja mempertikaikan kerja TUHAN.

Siapakah wanita penghuni syurga itu,barangkali yang cantik dan dia sentiasa faham kecantikan itu ukuran manusia .Cantik pada pandanagn ALLAH adalah ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.Barangkali juga yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang ada di dalam hatinya.Wahai orang cantik,orang buruk, orang rendah,orang cacat,semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan kekuasaan ALLAH!

Tuesday, 11 November 2014

RENUNGILAH WAHAI SAHABAT

Pernahkah anda menatap orang-orang yang anda sayang saat mereka sedang tidur ?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap mereka saat sedang tidur.

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling wajar dan paling jujur dari seseorang.
Seorang artis yang ketika di panggung begitu cantik dan gemerlap pun akan tampak polos dan jauh berbeza jika ia sedang tidur.
Orang paling kejam di dunia pun jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.

Perhatikanlah ayah anda saat beliau sedang tidur.
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih mulai menghiasi kepalanya, betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya.

Orang inilah yang tiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, beralihlah...

Lihatlah ibu anda....
Hmm…kulitnya mulai keriput dan tangan yang dulu halus membelai- belai tubuh bayi kita itu kini kasar kerana menempuhi kehidupan yg mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari menguruskn keperluan kita.

Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan membebeli kita semata- mata kerana rasa kasih dan sayang, dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan.

Cubalah menatap wajah orang-orang yang kita cintai..sayangi itu...

Ayah, Ibu, Suami,
Istri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat, Semuanya...
Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energy cinta yang mengalir perlahan-lahan saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.

Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan orang-orang itu untuk kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar.

Secara ajaib Tuhan mengatur agar pengorbanan itu akan tampak lagi melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.

Pengorbanan yang kadang melelahkan serta memenatkan mereka namun enggan mereka ungkapkan.

Dan ekspresi wajah ketika tidur pun membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia berkata… "betapa lelahnya..penatnya aku hari ini".
Dan penyebab lelah/penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah Tak lain adalah KITA…..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah, isteri yang bekerja keras mengurus dan mendidik anak, juga rumah.
Kakak, adik, anak, dan sahabat yang telah menemani hari-hari suka dan duka bersama kita.
Resapilah kenangan-kenangan manis dan pahit yang pernah terjadi dengan menatap wajah-wajah mereka.

Rasakanlah betapa kebahagiaan dan rasa terharu seketika menerpa jika mengingat itu semua.

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok mereka "orang-orang yang dikasih itu" tidak lagi membuka matanya, untuk selamanya..."

Fikir-fikirkanlah wahai sahabat....

Kerana Diri Kita Yang Terpilih

Aduhai hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan duniawimu.Sedangkan dunia itu sering menipumu.Bukankah kehidupan ini penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau susun langkahmu penuh hati-hati,Ingatlah, yaitan itu sentiasa tidak mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya adalah berharga.Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa.Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?

Perbanyakkanlah berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?

Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..

Semoga, akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha Mlihat.

Untuk apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa, zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah berjanji dalam kalamNya Izzati..

”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”

Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..

Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.

Aduhai hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan? Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah keabadian..

Maka, janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini. Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi, hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.

Yakinlah, barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi. Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah, sebaik-baik bekalan adalah taqwa.

Duhai diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..

Walau fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang lebih besar kelak.

Maka bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.

Surah Yasin - Pengertian Setiap Ayat

Ø Ayat 1 – 9 – Untuk keselamatan diri

Ø Ayat 9 – Orang jahat tak nampak kita especially orang kafir.

Ø Ayat 12 – Merupakan Jantung Yaasiin – Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.

Ø Ayat 13 – 35 – Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ø Ayat 22 – 23 – Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ø Ayat 29 – Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ø Ayat 29 – Untuk digunakan jika kita rasa orang nak fitnah atau aniaya kita. Lebih elok selepas baca di semburkan ke muka orang tsbt.

Ø Ayat 30 – Untuk keinsafan – Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t. (harus sentiasa berada dihati – beramal dengannya).

Ø Ayat 32 – Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik… Caranya:Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t, Kita umat Muhammad, Kita orang Islam dll.

Ø Ayat 33 – 35 – Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur.

Ø Ayat 36 – Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh. Caranya: Baca dan berdoa, hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum keluar rumah.

Ø Ayat 37 – Adalah untuk menetapkan hati – aqidah diri sendiri… Hati yang kering akan hidup semula.

Ø Ayat 38 – Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 39 – Mengisahkan ilmu falak.

Ø Ayat 40 – Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ø Ayat 41 – Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal . Elok dibaca sewaktu menaiki kenderaan.

Ø Ayat 44 – Mengisahkan keseronokan hidup di dunia – Dibaca untuk dijauhkan fitnah dalam hidup.

Ø Ayat 45 – 48 – Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.


Ø Ayat 49 – Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Ø Tiupan pertama – Datang dengan tiba-tiba

Ø Tiupan ke-dua – Hancur

Ø Tiupan ke-tiga – Semua orang di hidupkan semula dan hadir di padangMahsyar.

Ø Ayat 50 – Setiap orang akan dihisab mengikut amalannya.

Ø Ayat 58 – Merupakan salam daripada Allah. Jika rasa sakit kepala, baca dan sapukan ke kepala. Ulang sebanyak 3x.

Ø Ayat 76 – Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ø Ayat 76 – Jika hati rasa sedih, sebak atau pun kecewa. Sambil pegang dan urut dada, bacalah ayat tsbt.

Ø Ayat 78 – 79 – Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: “dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur?”(Ayat 78 dan 79)- Bacalah jika sakit tulang, urat atau tulang patah.Doktor di hospital pun tanya dia utk rawatan patient mrk dan Dr Fatimah berikan ayat ini.

Ø Ayat 79 – Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk.”

Ø Ayat 82 – Untuk Hajat – Jika berhajat sesuatu, bacalah 100 x. Dibaca pada air dan minum selama 40 hari -boleh menjadi penawar. Jika air habis ulang bacaan tsbt sehingga 40 hari. Caranya: Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut, Baca pada air [100x) Dan berdoa apa sahaja hajat.

1. Selepas sembahyang subuh

2. 3 pagi Jumaat berturut-turut

3. Ayat 1 – Yassin baca 7x

4. Ayat 38 – 12x

5. Ayat 58 – 7x

6. Ayat 82 – 14x

7. Habis, diulang semula step 3 hingga 6. Kesemuanya Surah Yassin dibaca sebanyak 3x.

8. Habis baca surah Yassin, baca Al- Fatihah, bacalah hajat yg dihajati dan selepas hajat dibaca semula Al-Fatihah.

9. Perlu yakin, insya-Allah dgn berkat Allah ianya termakbul.

Perlu Baca Dengan Penuh Keyakinan:

Ø Yasin is the jantung of Al-Quran

Ø Know the meaning of ayat-ayat in Al-Quran

Ø Yasin memudahkan yang susah. As such read Yasin:

o Child is sick

o Feeling troubled.

o Memudahkan urusan

o Memudahkan perjalanan

o As selusoh (to ease pain when giving birth)

Ø Read Yasin (3x) over water

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Fatihah

Ø Baca Yasin sebelum tidur, seperti khatam Quran (10x)

Ø Jika baca Yasin sebelum tidur serta faham maksudnya sekali, sekira mati dalam tidur, dosa diampunkan.

Ayat 9 – “Waja’alna… .”

Ø Lindungi rumah dari pencuri – baca dan tiup di tiap-tiap penjuru rumah..

Ø Lindungi diri dari dianiaya

Ø Bagi perlindungan diri dan rumah semasa tidur

Ø Baca Ayat 9

Ø Fatihah

Ø Read 3 Qul (three times each)

Ø Ayat Kursi

Ayat 29 – “In kanat illa… .”

Ø Untuk mendiamkan orang yang selalu melempar kata-kata buruk/tidak menyenangkan kepada anda.

Ayat 36 – “subhanallazi..”

Ø Untuk cari jodoh * Tiup 7 kali dalam tangan dan sapu ke muka pada pagi hari

Ø Ya Wadud (3x)

Ayat 58 – “Salamun… “

Ø Jika sakit anggota

Ø Tak tenang hati

Ø Baca (7 x) dan gosok pada tempat sakit

Ayat 76 – “Falayahzun..”

Ø Bila rasa sedih

Ø Untuk menenangkan hati

Ø Gosok jantung sambil baca

Ayat 78 – 79 “dari Yuhyil Wahiya… “

Ø Tulang patah

Ø Sakit sendi

Ø Sakit lutut

Ayat 82 – “Innama amruhu..”

Ø Jika mandul

Ø Untuk mengubati kanser atau tumbuhan dalam badan

Dry method

o Sembahyang tahjud

o Sembahyang hajat

o Doa minta hajat

o Baca ayat 100 x dengan yakin

o Amalkan 41 malam Wet method (untuk menyembuh penyakit dalam badan)

o Seperti di atas

o Bila baca ayat, tiup dalam air

o Minum 1 cawan air pada pagi hari sebelum makan / minum benda lain

o Doa sambil minum

o Untuk 41 pagi

Yang penting sesuatu itu yang hendak kita lakukan dengan .. innamalaa’maalu binniat.. dan ikhlas melakukannya.

Dalam YASSIN merangkum:

1 Ilmu Pertanian

2 Ilmu Falak

3 Ilmu Laut

4 Ilmu Kiamat

5 Ilmu Ciptaan Manusia

6 Ilmu Binatang

7 Ilmu Kenabian

Surah Yassin ini hendaklah dibaca ketika orang sakit, tengah nazak nak mati atau sudah meninggal dunia. Baca disisi mereka dan bukannya di kubur. (terutama ayat 12) — sebab kenapa kita perlu baca, agar orang yang sakit berada dalam kesenangan dan orang yang masih hidup insaf bahawa esok, lusa kita akan menyusul jua.