JERTIH:
”Ibu cepatlah datang segera ke kubur, Siti takut tiada orang lain di sini.”
Itulah khidmat pesanan ringkas (SMS) yang dihantar Siti Balqis Mohd Nor, gadis
yang mendakwa sering ghaib dari rumah selepas tiba-tiba menyedari berada di
perkuburan Kampung Bukit Kenak, kira-kira lima kilometer dari rumahnya tiga
hari sebelum Aidilfitri lalu.
Siti
Balqis (atas), 22, yang menghadapi gangguan misteri sejak dua bulan lalu
menyebabkannya sering ghaib dari rumahnya di Kampung Gong Nangka, Apal, di sini
mendakwa ketika itu telefon bimbit yang ada bersamanya menunjukkan jam 2 pagi.
“Namun,
saya tidak tahu bagaimana boleh berada di tanah perkuburan dan lebih dahsyat
saya berada di dua tanah perkuburan pada malam itu.
Selepas
tersedar berada di kubur Kampung Bukit Kenak, saya tiba-tiba berada pula di
kubur Kampung Gong Rengas, kira-kira 10 kilometer dari rumah kami,” katanya
ketika ditemui semalam.
Siti
Balqis mendakwa hanya mengetahui kisah kubur berkenaan apabila dibawa semula ke
kawasan berkenaan, tetapi hingga kini tidak tahu siapa yang membawanya, apa
yang dilihat dan dilakukannya sepanjang lima hingga enam jam berada ‘di alam
ghaib’.
Namun,
Siti Balqis mendakwa sepanjang di tanah perkuburan itu, dia mendengar orang
menangis, meminta tolong dan mengaji al-Quran.
Sementara
itu, ibunya, Norizan Said, 47, berkata, pada malam mendapat SMS Siti Balqis,
beliau bersama suami serta seorang lagi anaknya bergegas ke kubur berkenaan,
tetapi selepas puas mencari, mereka tidak menemuinya.
“Kami
bergegas pula ke kubur di Kampung Gong Rengas dan di satu kubur baru, ada bekas
seperti diduduki seseorang, tetapi Siti tiada di situ,” katanya dan menambah
mereka kemudian ke Balai Polis Jertih pada jam 5 pagi untuk membuat laporan.
Bagaimanapun,
sejurus masuk ke rumah kira-kira jam 6 pagi, Siti muncul di depan rumah dengan
tubuhnya dibasahi air dan baju berlumuran tanah merah.
Kisah
Siti Balqis menggemparkan penduduk daerah ini hinggakan ramai yang sukarela
membantu berjaga bersama keluarganya selepas anak sulung empat beradik itu
dikatakan ghaib ke pelbagai tempat termasuk siling rumah, atas pokok, dalam
mesin pembancuh simen dan atas kubur.
Siti
Balqis juga mendakwa dia luka pada tangan dan kaki ketika berada di sebuah
mesin pembancuh simen tidak jauh dari rumah dan ketika di atas pokok manggis,
di belakang rumahnya.
Dia
juga mendakwa ternampak saudara mara dan orang kampung mencarinya, malah ketika
berada di sebuah rumah tinggal, dia menyentuh bapa saudaranya tetapi tidak
perasan kehadirannya.
Malam
tadi, Norizan menggunakan khidmat tujuh bomoh untuk mengubati anaknya secara
tradisional dan wakil Berita Harian turut berada di rumah Siti Balqis bagi
meninjau dan memastikan dakwaan dia ghaib.
Sementara
itu, kalangan ahli agama di negeri ini berpendapat kejadian itu mungkin
disebabkan gangguan jin yang cuba merosak keimanan manusia dan cara terbaik
mengatasinya ialah amalan zikir dan membaca al-Quran serta solat hajat dan
tahajud.
Timbalan
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Muhammad Ramli Nuh, berkata
kejadian adalah luar biasa tetapi perlu dilihat secara positif dari sudut
agama.
Muhammad
Ramli berkata, cara terbaik mengatasinya ialah ahli keluarga Siti Balqis
sentiasa berdoa kepada Allah meminta dilindungi daripada perbuatan sihir dan
diganggu syaitan.
Timbalan
Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama Negeri (Operasi), Omar Musa, pula berkata apa yang
dialami Siti Balqis itu mungkin ada kaitan dengan gangguan makhluk halus.
Katanya,
keluarga mangsa hendaklah bersabar dan mendapatkan rawatan alternatif perubatan
Islam bagi membolehkannya tidak lagi diganggu oleh makhluk halus.
“Tetapi,
perlu diingatkan jangan sekali-kali beranggapan apa yang terjadi terhadap Siti
Balqis ada kaitan dengan keramat kerana ada makhluk jin yang mahu merosakkan
dan menyesatkan pemikiran dan akidah orang Islam,” katanya.
No comments:
Post a Comment