Memang
ALLAH menjadikan manusia pelbagai rupa dan gaya.Disitulah berkuasanya
ALLAH.Dia berhak dan mampu berbuat apa saja mengikut kehendak-Nya. Kita
memang tidak ada pilihan untuk mempersoal itu ini,mempertikai itu ini.Anda mungkin berasa rendah hati melihat kekurangan-kekurangan yang ada
pada diri anda.
Nah,
anggap ia satu kelebihan.Jika anda sangka anda buruk,ia satu
kelebihan yang tiada pada orang cantik.Anda sangka kecantikan sentiasa
membawa untung ? Tidak,tidak selalunya begitu.Kadang-kadang kecantikan
memusnahkan.Setelah anda dikenali sebagai cantik, ketakutan anda
terhadap keburukan lebih besar daripada jika anda semulajadinya buruk.
Orang cantik fobia menjadi buruk.Setiap kedutan di wajah akan dirawat
dan setiap kedutan begitu menyusahkan dirinya. Saat menjadi buruk pasti
tiba,bagaimanakah perasan si cantik meghadapi hari tua mereka ? Bukankah
rasa susah yang tiada kesudahan?
Kadang-kadang
seekor semut diberikan sayap oleh ALLAH supaya dia boleh terbang dan
menerjah api.Samalah halnya,kadang-kadang seseorang manusia itu
diberikan kecantikan supaya dengan kecantikan itu dia boleh berbuat
sebanyak-banyak mungkar untuk diberikan balasan setimpal di Akhirat.Tontonlah filem atau drama-drama di TV.Kisah hidup orang cantik
selalunya penuh duri.Jika anda buruk setidak-tidaknya anda bebas rasa
riak dan takbur.Penghuni neraka kebanyakkannya wanita sebagaimana
disabdakan Rasullah s.a.w wanita itu tentu yang cantik tapi gagal
memahami untuk apa kecantikan itu diberikan ALLAH kepadanya.Dan wanita
itu tidak terkecuali juga yang buruk sebab dia berterus-terusan saja
mempertikaikan kerja TUHAN.
Siapakah
wanita penghuni syurga itu,barangkali yang cantik dan dia sentiasa
faham kecantikan itu ukuran manusia .Cantik pada pandanagn ALLAH adalah
ketaatannya terhadap semua perintah dan laragan ALLAH.Barangkali juga
yang buruk tapi dia faham ALLAH tidak memandang rupa paras tapi apa yang
ada di dalam hatinya.Wahai orang cantik,orang buruk, orang rendah,orang cacat,semuanya itu hanyalah ukuran manusia dan ukuran manuisa
selalunya sasar. Hargai diri anda sebab kewujudan anda mambuktikan
kekuasaan ALLAH!
No comments:
Post a Comment