“Mak bukannya tak sayangkan kau. Mak lakukan ini semua untuk
kepentingan
keluarga kita semua. Tolonglah setuju, ini untuk kebaikan kau juga
Fida.” Pn Salmah terus memujuk Fida agar setuju dengan permintaan
mereka. Bukan saja permintaan dari kedua orang tuanya tapi juga
permintaan daripada keluarga Mak Ngahnya.
“Ziema, pinjamkan kehangatan pelukan kau untuk aku boleh, atau kau nak aku minta izin dari Shamil?”
“Kebaikan
apa yang akan saya dapat mak? Cuba mak terangkan, apa yang akan saya
dapat atau apa sebenarnya yang mak dan abah akan dapat?” Fida sudah
mulai kurang sabar atas permintaan orang tuanya. Bukan niatnya untuk
menjadi anak derhaka tapi apa yang berlaku dan akan berlaku memerlukan
pengorbanan yang besar. Bukan mudah untuk menunaikan permintaan mereka
itu.
“Kenapa
kau cakap macam tu? Kau ingat mak suruh kau buat ini semua untuk
kepentingan mak dengan abah ke? Kau jangan nak kurang ajar Fida, mak
besarkan kau selama ini tapi ini yang kau balas?” Pn Salmah agak marah
dengan apa yang Fida katakan.
“Dahlah
mak, Fida penatlah. Fida masuk bilik dulu.” Fida terus berlalu tanpa
menghiraukan kedua orang tuanya. Keadaan semakin panas, jika Fida masih
bertegas di situ entah apa akan terjadi. Ayahnya hanya berdiam diri,
bagi En Shakir apa saja keputusan anaknya dia akan setuju kerana ini
melibatkan masa depan anaknya.
“Abang, yang awak diam saja dari tadi kenapa? Bukannya nak sokong saya.”
“Eh
awak ni, saya pula awak nak marah. Sudah-sudah lah Mah, Fida dah kata
dia tak nak tak usahlah dipaksa. Bukannya boleh di buat main perkara ni.
Ini masa depan anak awak Mah, bukan orang lain.”
“Abang, ni demi maruah keluarga kita juga bukan orang lain.” Pn Salmah mengajuk kata-kata En Shakir.
“Awak pandai cakap pada anak awak jangan jadi kurang ajar, tapi awak tak sedar diri.”
“Eh, apa kena-mengena dengan saya pula?”
“Tak
sedar ke awak dah menderhaka pada saya. Seorang isteri mana boleh
marahkan suami, inikan pula mengajuk saya. Dosa tau. Lainlah kalau saya
buat salah besar.” Tenang saja riak wajah En Shakir. Tanpa mempedulikan
isterinya En Shakir terus berlalu.
“Abang nak ke mana?”
“Dapur, tekak kering marah-marah ni.”
“Abang ni, suka main-mainkan Mah tau. Mah minta maaf. Janji tak buat lagi hari ni.”
“A’ah, hari ni aje, esok buat lagi kan?”
Pn Salmah hanya tersenyum. “ Nanti minta maaf lagi.”
“Eloklah tu.”
“Abang nak kemana lagi tu?”
“Nak
tidur, tak Nampak sekarang dah pukul berapa. Awak nak tidur dengan saya
ke nak tidur luar? Kalau nak tidur dengan saya cepatlah, nanti saya
kunci pintu baru tau.” Tanpa berlengan lagi Pn Salmah terus mengikut
langkah suaminya menuju ke tempat beradu mereka.
“Kau ni kenapa Fida? Senyap aje aku tengok dari tadi, Nasi Goreng kau pun tak sentuh-sentuh lagi. Kau ada masalah ke?”
Kedengaran
kuat Fida mengeluh. Soalan rakan sekuliahnya hanya dijawab dengan
pandangan matanya. Mata yang menunjukkan kesedihan, kekecewaan dan
kekeliruan. Sedih atas nasib diri, kecewa atas sikap Pn Salmah dan
keliru atas keputusan yang perlu di buat. Jika diterima akan memakan
dirinya, jika ditolak juga akan memakan dirinya. Bezanya cuma, jika
diterima hanya melibatkan perasaannya dan si ‘dia’ tapi jika ditolak ia
akan melibatkan perasaan ramai pihak.
“Ish!
Kenapa pula kau menangis ni? Cuba kau cerita pada aku. Mana tahu aku
boleh tolong, sekurang-kurangnya aku dapat ringankan beban kau sikit
dengan menjadi pendengar kau. Kau tahukan, kalau kita ada masalah
sebaik-baiknya kita luahkan agar ia akan dapat meringankan beban fikiran
kita. Tapi terpulanglah pada kau sama ada nak cerita atau tak. Aku tak
paksa.”
“Ziema, pinjamkan kehangatan pelukan kau untuk aku boleh, atau kau nak aku minta izin dari Shamil?”
Aziema tersenyum dan mengangguk. “ Kau ni, dalam sedih masih ada guraunya.
Menangislah
sepuas-puasnya, tapi jangan lupa lepas ni basuh baju aku ni, mesti
masin denagn air mata kau.” Kedua-dua teman itu tertawa dengan gurauan
masing-masing.
“
Fida, ada orang nak jumpa kau.” Ainah rakan sebiliknya telah bertemu
dengan sepasang suami isteri di bawah yang kelihatannya sedang menanti
seseorang. Dilihat mereka sudah berada di bawah kolejnya semasa hendak
ke kelas dan apabila pulang mereka masih disitu. Bagaikan simpati Ainah
bertanya untuk menolong dan tanpa disangka orang yang di cari dan di
tunggu itu adalah rakan sebiliknya sendiri.
“Siapa?”
Fida masih mamai kerana baru saja keluar dari alam mimpi bertanya tanpa
menyedari orang yang dimaksudkan sudah berada di sebelahnya.
“
Mak Ngah ni, Fida.” Pn Salmi telah menjawab bagi pihak Ainah. Dan Fida
yang masih lagi memeluk batalnya terus bangun dan ternyata dia terkejut
dengan kehadiran Mak Ngahnya. Bukan kehadiran Mak Ngahnya yang menjadi
kerisauan tapi makna disebalik kedatangan Mak Ngahnya itulah yang
menyebabkan Fida seperti bangun tidur semula.
“Mak Ngah.” Itulah perkata pertama yang keluar sedari dia berdiam diri tadi. “
Apa Mak Ngah buat dekat sini? Bila sampai?”
“Dari tadi sampai. Mak Ngah cuba telefon Fida banyak kali tapi tak dapat-dapat.
Fida
sengaja tak nak angkat pangilan Mak Ngah ke?” Fida terus meraba-raba
mencari kedudukan telefon bimbitnya. Sejak pulang dari kelas hinggalah
ke saat itu Fida tidak pun menyentuh telefonnya. Entah dimana letaknya.
“Apa
Mak Ngah cakap ni? Tak kanlah Fida nak buat macam tu. Fida pun tak tahu
mana Fida letak telefon Fida. Ain, kau ada Nampak telefon aku?”
“Tak pula. Kaukan selalunya simpan dalam beg, dah cari?”
Fida
menepuk dahinya. “A’ah lupalah, balik dari kelas tadi lupa nak ambil
dari dalam beg.” Terus dicapai begnya dan kelihatan 30 missed call dari
Pn Salmi.
“Fida
minta maaflah Mak Ngah. Fida silentkan tadi, tu yang tak dengar Mak
Ngah telefon.” Fida menunjukkan telefonnya membuktikan bahawa dia bukan
seperti apa yang Pn Salmi fikirkan.
Pn
Salmi tersenyum dan tanpa sempat Pn Salmi berkata-kata Fida terlebih
dahulu meminta izin untuk mencuci muka. Fida tahu apa yang ingin
dikatakan oleh Pn Salmi. Tidak tahu apa yang perlu dilakukan menuntut
Fida untuk duduk lebih lama lagi didalam tandas. Masih belum bersedia
untuk memberikan jawapan dan yang paling penting takut dirinya akan
tunduk atas permintaan Pn Salmi.
Sekembalinya Fida tanpa berlengah lagi Pn Salmi terus memulakan perbicaraan. “
Fida
tentu tahu apa tujuan kedatangan Mak Ngah. Mak Ngah rayu sangat pada
Fida tolonglah setuju. Hanya Fidalah yang boleh kami harapkan untuk
membantu keluarga Mak Ngah.”
“Tapi
kenapa Fida? Masih ramai lagi sepupu-sepupu yang boleh menurut
permintaan Mak Ngah. Lagipun Fidakan masih belajar. Mak Ngah tak rasa ke
yang Fida ni masih terlalu muda untuk menurut permintaan Mak Ngah ni?”
“Hanya
Fidalah yang kami rasakan layak. Hanya tinggal seminggu sahaja.
Tolonglah kami Fida. Maruah kami terletak pada keputusan Fida sekarang
ni. Kalau boleh Mak Ngah nak Fida beri keputusan hari ini juga agar
segala persiapan dapat dilakukan. Mak Ngah tak nak walaupun Fida
terpaksa lakukan tapi Fida tak dapat rasakan nikmat menjadi raja sehari
nanti.
Sungguh
sukar keadaan Fida sekarang ini. Sudah puas sebenarnya dia memikirkan
permintaan mereka itu sejak kepulangannya seminggu yang lalu.
Rakan-rakan sebiliknya sudah mengetahui segala-galanya dan pada ketika
ini mereka yang turut mendengar perbicaraan mereka juga merasakan
kesedihan yang Fida alami. Mereka tahu ini adalah masa yang amat sukar
buat Fida tetapi mereka tahu Fida seorang yang bijak membuat keputusan.
“Baiklah Mak Ngah, Fida setuju.”
“Betul
ni Fida? Mak Ngah tak salah dengar kan?” Fizikal Fida memang
menunjukkan dia gembira dengan keputusannya itu tapi tak siapa tahu apa
yang sedang berlaku didalam hatinya. Ternyata keputusan yang dilakukan
Fida sangat menggembirakan Pn Salmi sehingga menitiskan air mata.
Kesakitan
dan kekecewaan keluarga Pn Salmi akhirnya mendapat kelegaan dengan
keputusan yang telah dilakukan oleh Fida. Dua minggu yang lalu berita
tentang pembatalan majlis pernikahan anaknya Iqbal sangat
menduka-citakan sehinggakan Pn Salmi terpaksa dimasukkan ke dalam
hospital akibat serangan jantung.
Aleya
bakal menantunya telah memutuskan untuk tidak meneruskan majlis
pernikahan mereka kerana telah bertemu dengan lelaki yang lebih kaya
lagi dari Iqbal. Sudah ternyata Aleya hanya inginkan kemewahan yang
dimiliki oleh mereka sekeluarga bukannya ikhlas mencintainya. Segala
persiapan sudah hampir selesai, kad-kad sudah diedarkan dan untuk
membatalkan majlis tidak sama sekali. Keputusan sepakat dibuat untuk
menyatukan Fida dan Iqbal. Iqbal langsung tidak mempedulikan ia lagi,
baginya jika sudah suratan majlis ini tidak akan berlangsung dia terima
dengan redha. Tetapi tidak bagi kedua orang tuanya dan adik beradik yang
lain. Apa yang di rancang mesti di laksanakan hingga sangup mencari
pengganti.
“Betul
ke keputusan yang aku lakukan ni?” Kelihatan Fida masih meragui
keputusannya. Adakah ini yang terbaik? Walaubagaimanapun keputusan telah
pun diberikan.
“Kau
kena yakin. Kalau betul ini keputusan kau, kau kena banyak bersedia.
Fizikal dan mental. Aku tahu kau sudah tentu faham apa yang aku
maksudkan. Cuma nasihat aku lakukan yang terbaik dan yang termampu.”
Hari
yang tidak diingini akhirnya datang juga. Diharap hari yang disifatkan
malang baginya tidak kunjung tiba, tetapi semakin di harap semakin cepat
ia tiba. Segala persiapan tidak di hiraukan. Tidak bermakna baginya
perkahwinan ini dan nikmat raja sehari yang diimpikan oleh semua wanita
tidak akan dialami, itu sudah pasti.
Segala
persiapan tidak dihiraukan termasuklah soal pakaian. Fida hanya pulang
ke rumah pada pagi sabtu sedangkan majlis pernikahan akan berlangsung
pada malamnya. Segala leteran sudah tidak di hiraukan, baginya cukuplah
dia sudah melakukan pengorbanan sebesar ini hanya untuk menyelamatkan
maruah sebuah keluarga.
Nasibnya
agak baik kerana saiz baju yang di tempah sesuai dengan keadaan
tubuhnya yang kurus itu. Setelah selesai solat magrib Fida sudah siap
sedia untuk disolekkan. Dengan hanya mengambil masa selama hampir satu
jam, Fida sudah siap berpakian pengantin untuk majlis nikah. Mereka yang
melihat Fida terpegun dengan kecantikan yang dimiliki. Dengan wajah
yang sememangnya cantik ditambah lagi dengan solekan maka bertambah lagi
kecantikannya.
“Kau rasa aku masih boleh senyum ke masa ni.”
“Boleh kalau kau nak.”
“Fida,
pengantin lelaki dah sampai. Sekejap lagi majlis pernikahan akan
dimulakan. Fida siap sedia ajelah.” Mak andam menyampaikan pesanan.
Fida
tahu dalam jam ini akan sahlah dia menjadi seorang isteri kepada insan
yang bernama Iqbal. Sudah mula kedengaran kadi memulakan bicara, riuh
rendah kedengarannya. Fida yang berada di dalam bilik tidak berapa jelas
akan perbicaraan mereka. Apa yang pasti peluh sudah mula hadir di
celah-celah dahi. Arh…pedulikan apa yang mereka bicarakan. Sedang asyik
melayan perasaan tiba-tiba hati berdegup kencang, kedengaran bunyi
bising bagaikan tanda pengantin lelaki telah munuju ke ruangan bilik
pengantin.
Tidak
diketahui bila lafaz diucapkan dan kini pengantin lelakinya sudah pun
di depan mata. Buat kali pertama menatap wajahnya dan mata bertentangan,
senyum diberikan. Cincin disarungkan, salam ciuman diberikan kini
dahinya menjadi sasaran. Pelbagai suara kedengaran memuji pasangan
pengantin, secocok katanya. Lampu-lampu dari kamera tidak berhenti
sedari tadi. Gambar mula di petik satu persatu, dengan pelbagai gaya dan
senyuman palsu. Tiada yang tahu apa isi hati Fida pada ketika ini.
Segalanya hanya Tuhan saja yang tahu. Setelah selesai sudah majlis
pernikahan, para tetamu juga sudah mulai kurang pasangan pengantin baru
melangkah ke ruanagn yang indah dan penuh dengan keharuman
bunga-bungaan.
“Hah
Iqbal! Nak kemana tu, sabar sikit esok malam baru boleh tidur sebilik.”
Mak Lang mengusik dan diikuti oleh gelak tawa sanak saudara yang
tinggal. Fida tidak mempedulikan kata-kata dan usikan mereka. Baginya
keletihan ini harus dihilangkan dengan kadar segera.
“Kau
kahwin dengan aku ni pun pasal harta ke?” Itulah kata-kata pertama
sejak mereka melangkah ke bilik mereka. Iqbal, sepupu yang jarang
dijumpai . Oleh kerana kesibukannya bekerja telah menyebabkan mereka
jarang berjumpa dan tidak semesra dan serapat dengan sepupunya yang
lain.
“Saya
tolong selamatkan maruah keluarga awak, awak cakap saya kahwin sebab
harta? Wow!!! Sangat hebat cara awak berterima kasih atas pengorbanan
saya. Kalau saya tahu ini yang akan saya dapat, sumpah kalau dapat saya
putarkan masa saya tak akan bersetuju dengan permintaan Mak Ngah.”
“Satu benda yang perlu kau tahu, aku tak minta pun kau jadi isteri aku.”
“Ini
ke cara orang yang terpelajar dan berharta ungkapkan kata syukur dan
terima kasih? Nampaknya saya yang kurang pandai dan tak berharta ni lagi
pandai daripada awak yang terpelajar ni.”
“Apa yang kau cakapkan ni? Kenapa aku perlu berterima kasih?”
“Awak buat-buat tak tahu atau memang tak tahu.?”
“Eh…” Belum sempat Iqbal ingin menjawab namanya telah pun di panggil.
“Saya.” Jawabnya sedikit menjerit.
“
Sabar-sabarlah, kalau iapun tunggulah esok. Dah, Along nak balik ni,
cepat bagi ciuman terakhir kat isteri kau tu. Along tunggu kat kereta.”
“OK!!”
Fida
yang sedari tadi membelakangkan Iqbal sangat berharap Iqbal akan
melangkah keluar tapi sangkaanya meleset, nampaknya Iqbal masih mahu
memanaskan keadaan yang bagaikan di panggang bara api.
“Dengar
Along kata tadi, bagi ciuman terakhir. Huh!!! Tak akan sama sekali.”
Sehabis sahaja ayat itu Iqbal terus melangkah keluar.
“Dia ingat aku ni nak sangat agaknya kahwin dengan dia. Boleh blah lah.”
“Apa kau cakap?”
“Hurm…tulah
tak pandai nak jaga telinga. Dah, baliklah nanti Along fikir yang
bukan-bukan pula. Nanti awak juga yang sakit hati.”
“Aku
lagi sakit hati dengar suara kau dari dengar apa yang Along akan
cakapkan. Kau jangan ingat aku tak dengar apa yang kau cakapkan tadi.”
“Memang
betul apa yang saya cakap tadi. Bukan saya yang terhegeh-hegeh nak
kahwin dengan awak.” Sungguh sinis kata-kata yang Fida utarakan. Dan
tanpa membuang masa lagi Iqbal terus berlalu meninggalkan Fida yang
dalam kesakitan. Kesakitan hati!
Sakit
hatinya mengenangkan sifat Iqbal yang langsung tidak menghargai apa
yang telah dia lakukan. Segala pengorbanannya yang telah menyelamatkan
maruah keluarga Mak Ngahnya hanya sia-sia. Ianya langsung tidak di
hargai. Adakah ini adalah satu keputusan yang salah atau sememangnya ini
adalah takdir yang telah ditentukan untuk dia dari Dia.
Kini,
apa yang boleh dia lakukan hanyalah berdoa agar hatinya diberi
ketabahan dan kesabaran atas apa yang telah berlaku dan akan berlaku.
Dia tahu apa yang akan berlaku selepas ini akan memainkan satu emosi
yang sangat hebat. Ya! Aku harus bersedia untuk mengatasi apa saja
perkara yang akan berlaku. Tekadnya pada diri.
“Cubalah senyum sikit. Janganlah tunjuk sangat yang kau tu terpaksa kahwin dengan aku.”
“Saya tak hipokrit, buat apa nak tipu semua orang yang saya bahagia dengan semua ni.”
“Tolong jaga maruah keluarga aku dan keluarga kau. Kau nak ke semua orang tahu tentang perkara ini.”
“Tahu
pula awak cakap pasal maruah. Ingatkan maruah tu dah tak penting lagi
bagi awak. Lagipun, apa yang awak nak risaukan sangat dah semestinya
semua saudara mara kita tahu soal ni.”
“Itu saudara mara kita. Apa kata kawan-kawan aku dan orang yang tak tahu soal ni. Kau nak buat mereka tahu soal ni ke?”
“Itu
bukan masalah saya. Buat apa keluarga saya nak malu. Paling tidak pun
kami akan rasa bangga sebab dapat tolong keluarga lain. Walaupun dengan
keluarga sendiri.”
“Hingga
sangup jual anak sendiri.?” Iqbal bertanya dengan nada mengejek. Dia
tahu Fida mengahwininya hanya semata-mata kerana duit yang ditawarkan
oleh ibunya. Huh! Perempuan semuanya sama.
“Apa
yang awak cakapkan ni. Sampai hati awak cakap Mak Teh awak macam tu.
Awak dah melampau!” Fida marah dengan apa yang diperkatakan. Kata-kata
Iqbal tadi bagaikan satu batu besar yang menghempap dirinya. Adakah
benar apa yang diperkatakan oleh Iqbal?
“Kau
ni memang tak tahu atau buat-buat tak tahu? Mak kau dah terima wang
sebanyak RM500 000 daripada ibu tau. Tak menjual anak ke namanya?” Iqbal
sengaja menekankan perkataan menjual kerana dia tahu Fida akan merasa
sakit mendengarnya.
“Betul
ke apa yang awak cakapkan ni? Jangan cuba nak buat fitnah. Saya tak
percaya.” Fida pada sebelumnya duduk membelakangkan Iqbal, bangun dan
berdiri tegak memandang ke arah Iqbal.Tajam pandangan matanya tepat
kearah anak mata Iqbal. Sukar baginya untuk mempercayai kata-kata Iqbal
yang baginya hanya sekadar untuk mengujinya sahaja.
“Kalau
kau tak percaya, pergilah tanya mak kau sendiri.” Gaya Iqbal yang
bersahaja semakin membuatkan Fida bertambah marah. Fida terus bangun
untuk mencari Pn Salmah, tetapi sebelum sempat Fida membuka pintu Mak
Lang telah panggil untuk keluar untuk sesi memotong kek. Niat untuk
mendapatkan kepastian dilupakan buat semantara waktu. Dipandang sekilas
pada Iqbal memberi petunjuk untuk keluar dan tambah menyakitkan lagi
bila Iqbal hanya diam tak berkutik. Mak Lang dan Fida saling
perpandangan dan tersenyum. Fida berpaling dan mula menyusun langkah
menuju kea rah Iqbal dengan senyuman di bibir.
“Awak
ni kenapa?” Fida bertanya denagn nada yang perlahan, nada yang hanya
dapat didengari oleh mereka berdua sahaja. Iqbal tidak mengendahkan
soalan Fida lantas bangun, tersenyum dan mula melangkah. Dihadapan Mak
Lang dia cuba untuk tunjukkan kemesraannya dengan memimpin tangan Fida.
Fida yang faham dengan keadaan hanya tersenyum memandangnya dan
melangkah dengan senyuman. Senyuman diluar tangisan didalam.
Semasa
sesi memotong kek, Iqbal kononya benar-benar cintakan Fida. Semua orang
tertipu dengan kemesraan yang mereka tonjolkan. Secubit kek di suakan
kemulut Fida dan satu ciuman diberikan di dahi Fida. Para tetamu
bersorak melihat kemesraan mereka. Dalam diam Fida menjegilkan matanya
ke arah Iqbal. Terpana seketika dengan perbuatan pantas Iqbal tadi.
Jurukamera mengambil peluang ini untuk merakamkan detik kemesraan
mereka. Kali ini Fida terpaksa merelakan kerana tidak mahu ada yang
memandang serong kepadanya.
Iqbal
menghadiahkan senyuman nakalnya dan satu ciuman di pipinya diberikan.
Kali ini agak lama kerana jurukamera dan tetamu yang lain meinginkannya
dan Fida hanya tersenyum merelakan. Selepas ciuman dilepaskan mereka
meminta ciuman beralih wajah. Fida terpaksa mencium Iqbal pula. Terdiam
Fida buat seketika, sudah tidak sanggup rasanya denagn lakonan ini.
Pada
fikirannya sekarang hanyalah untuk mendapatkan kepastian diatas
persoalan yang menganggu fikirannya sejak tadi. Lantas tanpa berlengah
Fida terus mencium pipi Iqbal dan dengan pantas ciuman di hentikan. Pada
fikirannya semua itu akan berakhir tetapi sangkaannya meleset apabila
mereka tidak berpuas hati. Akhirnya selepas ciuman kedua diberikan
mereka menuju ke khemah untuk bersalaman dengan para tetamu dan sanak
saudara.
Selesai
segala urusan di bawah Fida lantas masuk untuk bertemu Pn Salmah.
Soalan terus diajukan dan Pn Salmah hanya diam membiarkan soalan tanpa
jawapan.
“Kenapa mak diam ni? Maknanya betullah, mak terima duit daripada Mak Ngah?
Sanggup
mak buat Fida macam ni. Sedih Fida mak.” Pn Salmah terduduk dan
menangis. Perlahan-lahan air mata Fida mengalir dari takungan air
matanya. Dia juga turut terduduk. Sesal memikirkan apa yang telah Pn
Salmah lakukan kepadanya. Apa-apa pun nasi sudah jadi bubur. Perkara
yang sudah terjadi tak dapat nak diputarkan kembali.
“Kamu
dua beranak ni menangis di dapur ni kenapa?” Mak Long yang kebetulan
lalu untuk menuju ke bilik air menagmbil wuduk singgah bertanya.
“Saya
sedih Mak Long.” Hanya itu yang terkeluar daripada mulutnya. Tidak pula
dia menyatakan kenapa, takut mengaibkan maknya sendiri.
“Biasalah
baru-baru kahwin memang macam tu. Kamu pun Fida nanti jangan lupa
selalu balik jenguk mak kamu ni.” Mak Long yang tidak tahu asal usul
cerita sempat lagi memberi nasihat kepadanya.
“Sudahlah
Mah, Fida jangan sedih-sedih. Mak Long nak ambil wuduk ni, gerak
dululah ya.” Fida hanya tersenyum dan memandang Mak Longnya hingga
hilang daripada pandangan mata. Tiada bicara pada waktu itu hanya
kebisuan yang menjadi peneman.
“Tak
apalah mak, mungkin ini yang terbaik untuk keluarga kita. Fida tahu
keluarga kita susah tapi tak sangka mak sanggup buat macam ni. Fida
masuk bilik dululah.”
Pn
Salmah terus menangis teresak-esak selepas mendengar apa yang Fida
katakan. Pn Salmah menyesal akan perbuatannya tetapi niatnya baik, hanya
untuk membiayai pengajian dua orang anaknya lagi.
“Berkemaslah
esok kita balik.” Setelah dua hari berada di rumah Fida, Iqbal sudah
tidak betah lagi. Penat untuk terus melakukan sandiwara kemesraan mereka
di depan keluarga Fida.
“Nak balik ke mana pula? Inikan rumah saya.”
“Kau
dah lupa ke, yang kau tu sekarang sudah jadi tanggungjawab aku. Takkan
aku nak tinggalkan kau dekat sini aje? Nanti cakap tak bertanggungjawab
pula.”
“Sejak
bila pula awak mengaku yang saya ni tanggungjawab awak? Kalau iapun itu
tak bermakna saya perlu ikut kemana saja yang aawak pergi.”
“Banyak cakap pula kau ni kan. Kau nak ikut aku balik ke tak?”
“Kalau tak nak?”
“Suka hati kaulah yang penting sekarang ni aku nak balik. Tak tahan aku nak meneruskan lakonan depan mak dengan abah.”
“Siapa
suruh berlakon. Awak sendiri yang nak sangat tunjuk, kononnya kita ni
memang bahagia dengan perkahwinan ni. Bukan semua orang tak tahu yang
kita ni kahwin tanpa cinta.”
“Setiap
kali bercakap dengan kau ni mesti ada saja benda yang menyakitkan hati
aku tau. Tak boleh agaknya sedapkan hati suami.” Baju yang dipegang
Iqbal terus di campak ke bawah. Fida hanya membiarkan saja dan terus
mengemas baju Iqbal.
“Mak
minta maaf Fida.” Sejak di hari perkahwinannya hinggalah ke saat ini Pn
Salmah dan Fida hanya berkata yang penting sahaja. Pn Salmah tahu
anaknya sangat berkecil hati dengan apa yang dia telah lakukan.
“Tak ada apa yang perlu di maafkan mak. Fida yang seharusnya memohon maaf.
Mungkin apa yang mak lakukan ada baiknya untuk kita sekeluarga. Fida masuk bilik dulu mak, nak kemas baju.”
Luluh
hati Pn Salmah. Kalaulah betul Fida tidak marahkannya lagi kenapa Fida
selalu saja mengelakkan dirinya daripada berbicara dengannya.
“Fida, kenapa macam ni?” En Shakir rasa sudah masanya dia untuk masuk campur.
Selama ini dia hanya mendiamkan diri atas sikap yag Fida tunjukkan.
“Macam ni, macam mana tu abah?”
“Abah rasa Fida faham apa yang abah maksudkan.”
“Fida
sedih abah. Fida sanggup tolong Mak Ngah tapi tak sangka mak terima
duit daripada Mak Ngah. Nampak sangat macam jual anak bukan untuk
membantu keluarga sendiri. Fida tahu Mak Ngah yang tawarkan, tapi kenapa
mak tidak tolak tawaran tu.”
“Fida,
abah tahu apa yang mak kau buat tu salah. Tapi benda dah jadi dan kau
pun tak patut layan mak kau macam tu. Walau apapun yang telah mak kau
lakukan dia tetap seorang mak.”
Fida
hanya mengganguk dan meminta izin untuk berlalu. Kolam air matanya
sudah penuh dengan air hanya tunggu masa saja untuk mengalir keluar. Dan
untuk menangis di depan abahnya itu suatu yang tidak mungkin.
Fida
berhenti betul-betul di hadapan pintu. Tak disangka Iqbal telah
mendengar perbualan mereka. Tidak jadi masuk ke bilik Fida melangkah ke
luar rumah.
Akhirnya ait matanya mengalir juga.
“Aku tak tahu nak cakap apa. Tapi kalau kau nak pinjam bahu aku, apa salahnya.”
Fida terus menyapu air matanya. Tidak tahu sejak bila Iqbal berada dekat dengannya.
“Diam
pula. Nangislah kalau itu boleh redakan kesedihan kau. Sini.” Iqbal
terus mendekat dan menarik Fida kepelukannya dan Fida hany menurut. Air
matanya mengalir lagi.
Setelah
lama berada di pelukan Iqbal, Fida melunggarkan pelukan. Malu dia
kerana berkeadaan begitu. “Aku kan suami kau, nak malu buat apa. Sini.”
Iqbal menarik lagi Fida ke pelukannya tapi kali ini Fida hanya
mengeraskan diri.
“Terima kasihlah. Awak nak balik bila?” Fida menukar tajuk perbualan.
“Kita,
bukan aku seorang yang akan balik.” Iqbal menekankan perkataan ‘kita’
supaya Fida faham keadaannya. Bukan soal tanggungjawab tapi sebenarnya
hatinya sudah mula tertawan dengan kebaikan dan kecantikan yang Fida
perolehi.
Memang
sejak dulu lagi hatinya sudah tertarik dengan sepupunya Fida tapi tiada
niat untuk menjadikan sepupunya sendiri sebagai isteri. Tetapi apa yang
dulunya ditidakkan akhirnya menjadi kenyataan.
Kenapa
tidak aku ambil peluang ini untuk merealisasikan impian yang difikirkan
tidak akan kesampaian. Peluang sudah ada tinggal usaha yang perlu ada
unuk mendapatkan cintanya dan hidup seperti pasangan bahagia yang
lain.Memang sebelum ini aku fikirkan Fida sanggup berkahwin dengan aku
semata-mata kerana duit. Tetapi setelah mendengar perbualan mereka, aku
tahu Fida bukan seperti perempuan yang lain. Keihklasannya tidak perlu
diragui lagi.’
“Awak tahukan saya masih belajar?”
“Tahu, kenapa?” pelik Iqbal dengan soalan yang dikeutarakan.
“Baguslah
kalau awak tahu. Maknanya awak pun tahu yang saya tinggal di hostel
bukannya duduk di luar. Lagipun tempat belajar saya jauh denagn tempat
awak takkan saya nak ikut awak balik.” Jelas Fida selamba.
“Memanglah, tapi buat masa ini kau wajib ikut aku balik rumah ibu.”
“Kelas
saya macam mana? Saya bukannya boleh minta cuti macam awak. Saya dapat
cuti ni pun sebab dapat surat doctor yang mengatakan saya sakit. Nasib
baik Along tolong.”
“Habis tu bila kau balik Melaka?” hampa hatinya.
“Esoklah, cuti sayakan 3 hari saja.”
“Kalau macam tu esok aku hantar kau sekali.”
“Tak perlulah nanti kalau kawan-kawan saya nampak, saya nak jawab apa pada mereka?”
“Jangan cakap kawan-kawan kau tak tahu soal kita.”
“Awak
nak mereka tahu yang mak jual saya pada awak ke?” sehabis ayat itu
dikeluarkan Fida terus masuk ke rumah. Malas nak panjang-panjangkan
perbualan.
“Malam ni takkan kau nak tidur di bawah lagi? Tak sejuk ke?”
“Saya
dah biasa berkeaaan sebegini. Sebelum ni alas pun tiada, tapi saya
masih boleh tidur dengan nyeyak. Awak tidur sajalah nanti kalau saya
tidur satu katil awak tak selesa pula.” Fida terus mendiamkan diri,
berpura-pura tidur.
Sedang
enak dibuai mimpi Fida rasakan badannya diangkat. ‘Hurm…mimpi aku ni.’
Tepat pada pukul 6 pagi jam loceng sudah menjalankan tugasnya, bunyi
nyaring di keluarkan untuk mengejutkan tuan empunya jam.
Fida
memaksa tubuhnya untuk bangkit mengerjakan kewajipan yang lagi penting
untuk dilaksanakan. Ada sesuatu yang melingkari pinggangnya, Fida mula
ketakutan tetapi apabila diamati bentuk dan diingati apa yang berlaku
barulah Fida melepaskan nafas kelegaan.
“Iqbal!!
Apa yang awak buat ni?” Tanya Fida sedikit marah. Iqbal mengambil
kesempatan nasib baik perkara lain tidak terjadi. Iqbal tidak
mempedulikan Fida, Fida ditarik ke pelukan dan pelukan dieratkan.
“Lepaskan saya Iqbal!” Fida meronta-ronta minta dilepaskan tetapi pelukan Iqbal lebih kuat dari tenaga wanitanya.
“Ssshhhhhh…..kejap lagi kita bangun ya. Masih awal lagi ni.”
“Apa
yang awalnya, bangunlah Iqbal! Saya tak suka awak buat macam ni pada
saya. Kalau awak masih tak nak lepaskan saya, saya jerit!” Fida juba
untuk menggugut tapi Iqbal hanya bersahaja.
Makin
sakit hati Fida apabila dengan selamba Iqbal mencium mulutnya. Niat
untuk menjerit tersekat di tengah jalan. Lengan Iqbal diketip geram dan
Iqbal hanya ketawa gembira sambil menggosok lengannya. Ternyata berbisa
juga cubitannya.
Itu
adalah pelukan dan ciuman cinta pertama untuk isterinya yang mula
dicintai dan disayangi. Senyuman tidak lekang dari bibirnya sehinggakan
adik iparnya turut merasakan perubahan senyuman itu.
“Abang Iqbal ni Syawal tengok dari tadi asyik tersenyum je ada apa-apa ke?”
“Abangkan pengantin baru biasalah tu. Syawal tak kahwin lagi, mana tahu.”
Jawapan
selamba Iqbal membuatkan En Shakir dan Pn Salmah tertawa kuat. Fida
disebelah menjeling suaminya, geram dengan perangainya yang mula
berubah.
“Tapi adik tengok akak masam je dari tadi?” Tanya adik bongsunya pula.
“Akak tak dapat apa yang dia nak, sebab tulah masam je.”
Ternganga mulut Fida mendengar jawapan yang Fida rasa jawapan paling bodoh yang pernah dia dengar sepanjang hidup.
“Apa
yang dia nak Iqbal.” En Shakir pula menghangatkan suasana. Gembira
hatinya jika betul apa yang diceritakan dan apa yang difahami.
“Benda biasa.” Serentak itu semua orang tertawa kuat.
“Adik
tak fahamlah. Kak, apa yang akak nak tu, kalau abang tak boleh bagi
adik boleh bagi.” Adik bongsunya masih terlalu kecil dan masih tidak
memahami apa yang mereka maksudkan. Makin galak mereka ketawa.
“Ketawalah
puas-puas. Semua dah kena tipu, mana ada akak minta apa-apa abang tu
yang buat cerita.” Fida membela diri. ‘Kurang ajar kau Iqbal, siap kau
nanti.’
“Sayang, janganlah merajuk. Abang gurau sajalah.” Fida terus meninggalkan ruang makan. Sakit hatinya dengan perangai Iqbal.
“Dah,
abiskan makan tu tak kemananya merajuk dia tu.” En Shakir sudah sedia
maklum dengan perangai anaknya itu. Merajuknya hanya seketika.
“Dah puas awak buat cerita, nak tambah cerita apa-apa lagi?” Fida terus memerli sesudah Iqbal membaringkan tubuhnya.
“Taknak
bercerita tapi nak buat benda yang berfaedah, boleh.” Senyuman nakal
Iqbal hanya dibalas dengan jelingan dan sebijik penumbuk ditunjukkan.
Iqbal sudah bangun merapati Fida.
“Awak jangan macam-macam. Saya jerit lagi nanti baru awak tahu.”
“Jeritlah
kalau awak nak semua orang tahu.” Iqbal sudah berdiri berdepan, Fida
mula menjarakkan dirinya tapi sejauh manalah dapat dia larikan diri di
dalam biliknya yang kecil ini.
Mata
Iqbal sudah galak menerajai wajah cantik milik Fida. Satu persatu
mahkota indah ciptaan Dia dibelai dalam hati sungguh bersyukur Tuhan
berikan Fida untuk menjadi pelengkap hidupnya walaupun dia tahu tiada
cinta dalam diri Fida untuknya. Tapi dia tahu usaha dan doa perlu untuk
mendapatkannya. Walau apapun jika Fida itu memang jodohnya, apa juga
halangan akhirnya dia akan berada disisinya juga.
Fida
dipeluk erat. Senyuman Iqbal adalah senyuman kegembiraan. “ Sayang
siap-siap, kejap lagi kita balik.” Pelukan dilepaskan, mata bertentang
mata, ciuman kasih diberikan dan Fida ditinggalkan kebingungan.
“Ingat pesan abah tadi, kalau gaduh-gaduh tu biasalah adat rumah tangga. Tapi kita kenalah bijak mengatasinya.”
“Baiklah abah. Terima kasih atas nasihat dan tips abah tadi.”
“Kami
gerak dulu.” Iqbal dan Fida bersalaman dengan Pn Salmah dan En Shakir
dan adik-adiknya yang lain. Pn Salmah dan Fida hanya bersahaja bagaikan
tiada apa yang terjadi.
“Apa
yang abah cakapkan pada awak?” fida memecahkan kesunyian. Sejak menaiki
kereta hinggalah mereka sudah tiba di persimpangan tol hanya kebisuan
yang menjadi peneman antara mereka.
“Soal orang lelaki, cara nak mencintai isteri. Awak nak tahu ke?”
“ Awak memang sengaja nak sakitkan hati saya kan. Tak boleh agaknya kalausatu hari tak sakitkan hati saya.”
“Tak payah nak pegang-pegang, cakap sajalah.” Tangan Iqbal ditepis.
“Nak
pegang sikit pun tak boleh, bukannya dosa pun.” Iqbal cuba lagi untuk
memegang tangan Fida tapi kali ini Fida memeluk tubuh menyebabkan niat
Iqbal terpaksa dilupakan.
“Aduh,
sakitlah. Awak ni kenapa?” Oleh kerana niatnya untuk mencapai tangan
Fida terhalang maka pipinya pula yang menjadi sasaran. Dicubit sayang.
Fida menggosok-gosok pipinya.
“Abang
cubut sikit saja, takkanlah sakit. Nak manja dengan abanglah ni. Meh
abang usap mesti hilang sakit.” Belum sempat tangannya mencapai pipi
Fida, Fida sudah melarikan wajahnya. Meluat akan perangai Iqbal yang
berubah secara tiba-tiba. Abanglah, sayanglah entah demam agaknya dia
ni.
“Sayang…” belum sempat Iqbal menghabiskan kata-katanya Fida sudah menyampuk.
“Diam.
Saya malas nak dengar awak cakap, menyakitkan hati saja. Lagi satu, tak
perlulah nak berabang bersayang, geli saya dengar.”
“Sayang yang geli tapi abang tak, abang suka.”
Fida buat-buat tidak dengar apa yang diperkatakan oleh Iqbal. Matanya dipejamkan berpura-pura untuk tidur.
“Tidurlah sayang nanti dah sampai abang kejutkan.” Iqbal tahu Fida sengaja berpura-pura tidur.
Akhirnya Fida betul-betul tidur. Setelah beberapa jam akhirnya mereka sampai ke university tempat Fida belajar.
“Sayang!
Sayang! Kita dah sampai ni, bangunlah.” Iqbal mengejutkan Fida, niatnya
sudah sampai ke hostel baru hendak dikejutkan tapi setelah keretanya
bergerak memasuki tempat belajar Fida keretanya ditahan. Security guard
di situ meminta mereka menunjukkan bukti yang menunjukkan mereka adalah
pelajar di situ.
“Ni
saya punya kad pelajar.” Fida yang sudah sedia maklum bahawa apabila
masuk perlu menunjukkan kad pelajar terus saja menunjukkan kad
pelajarnya kepada salah seorang guard yang bertugas. Setelah itu barulah
mereka dibenarkan masuk.
“Sabtu and ahad tiada kelaskan? So, jumaat malam saya jemput awak kita balik rumah ibu.”
“Saya
tak boleh.” Fida rasa malu ingin berhadapan dengan keluarga Mak
Ngahnya, ini semua kerana soal duit. Hatinya ikhlas ingin membantu bukan
kerana duit.
“Kenapa?” Iqbal kurang senang dengan jawapan yang diberikan. Itu tandanya kerinduannya akan berpanjangan.
“Saya ada program nak buat.”
“Sayang
jangan nak tipu abang, dosa tau.” Iqbal sudah mulai selesa dengan
paggilan sebegitu tapi tidak bagi Fida. Meluat hatinya mendengar
perkataan sayang.
Uwerk…uwerk..
“Eh sayang, belum buat apa-apa dah mual, janganlah tunjuk sangat yang sayang dah tak sabar nak kandungkan anak untuk abang.”
“Apa
awak merepek ni, dahlah saya naik dululah. Makin saya layan awak makin
saya sakit hati tau.” Belum sempat Fida membuka pintu, tangannya ditarik
lembut.
“Salamlah
dulu dengan abang.” Pandangan mata mereka saling bertaut, gelodak
dijiwa mula dirasai. Panahan mata Iqbal tidak terlawan rasanya lantas
terus disalami dan diakhiri dengan ciuman di pipi yang diberikan Iqbal.
Tersipu-sipu malu Fida atas tindakan Iqbal tadi.
“Nak satu.”
“Apa?” Iqbal menunjukkan isyarat ciuman di pipi tetapi Fida hanya buat tidak mengerti dan berlalu pergi.
“Malam nanti tunggu panggilan abang tau sayang.” Pesan Iqbal tapi tidak di endahkan Fida.
‘Hurm…….tak apa aku akan berusaha.’
Assalamualaikum…
“Fida!! Kenapa sampai tak bagi tahu.”
“Kenapa?” Hairan, sebelum ni dia balik tiada siapa yang kesah hari ni lain pula.
“Kita
orang nak tengok suami kaulah.” Serentak Ainah, Fiza dan Hanis menjawab
pertanyaan Fida. Geram, peluang untuk melihat wajah suami rakannya
terpaksa dilupakan.
“Alah,
muka dia bukannya handsome pun. Jerawat penuh satu muka.” Terang Fida.
Hasratnya ingin menyambunng tidur dihalang rakan-rakannya.
“Janganlah tidur dulu. Ceritalah sikit masa majlis perkahwinan kau tu.”
“Pengantin baru ceritalah.” Desak Fiza.
“ Tak ada yang menariknya.
“Takkanlah, kau tidur satu bilik dengan dia ke?”
“ Dah tu kau nak suruh dia tidur luar ke? Nak tengok abah aku perambat aku buatlah. Dalam diam-diam dia ada garangnya jugak.”
“Maknanya…….” Mereka tersenyum sesama mereka.
“Dah, jangan nak fikir yang bukan-bukan. Dia tidur atas aku tidur bawah.”
“Alah,tak akanlah tak ada apa-apa.”
“Kalau soal cium tu biasalah, masa ambil gambar. Dahlah aku penat ni jangan kacau aku.”
“Nantilah dulu. Fida!” Dua tiga kali Fida digerakkan tapi masih tidak menunjukkan dia akan melayan pertanyaan rakannya.
"Hai sayang." janjinya untuk menelefon Fida sebelum tidur ditunaikan sesudah tubuhnya menikmati keenakan tilam empuknya.
"Assalamualaikum..."
Waalaikumsalam...Perbualan
mereka hanya dalam waktu yang singkat, Fida memberi alasan ingin
menunaikan hajatnya untuk ke toilet kerana sudah tidak tertahan lagi
perutnya. Walaupun tidak dipercayai Iqbal tetapi tetap juga diberi
keizinan untuk menamatkan perbualan.
" Sayang pergilah, nanti sebelum tidur jangan lupa ambil wuduk yang lebih penting ingat abang yang sunyi tanpa sayang."
"Hummm."
Hari
terakhir Iqbal menghubunginya adalah pada hari Fida dihantar kembali ke
kolej. Tipulah jika dikatakan tidak kesah langsung dengan ketiadaan
Iqbal menghubunginya. Walaupun jika ditanya Fida menafikan kerinduannya
tapi sebenarnya terselit juga perasaan tertanya-tanya kemana perginya
suami yang dinikahi tanpa cinta itu.
"Ainah,
aku nak ke KOOP sekejap, kau nak ikut ke nak balik bilik terus?" Fida
dan Ainah balik seiringan tetapi oleh kerana kehabisan barang makanan
Fida singgah ke KOOP sekejap.
"Aku balik dululah, sakit perutlah."
"OK"
Setelah
selesai berbelanja Fida balik keseorangan tetapi setiba dihadapan
kawasan kolejnya satu kelibat yang amat dikenali. Ya. Itulah Iqbal.
"Assalamualaikum.." Fida memulakan salam, tangan diambil dan dikucup, hormat.
"Waalaikumsalam.. Sihat?"
"Nampak macam orang sakit ke?" Fida menjawab endah tak endah sambil turut sama menyandar di tepi kereta.
"Abang
nampak sayang macam tak sihat je." Iqbal merenung kearah Fida. Fida
gugup memandang lantai tapi pada fikirannya aku sihat je.
"Sihat je, apa yang tak sihatnya."
"Nampak macam orang tu tengah rindu dengan abang je."
"Alamak!
Ada orang perasan pulak." hatinya sebenarnya mengatakan betapa rindunya
dia kepada Iqbal.Jika orang mempertikaikan bagaimana dalam masa
sesingkat itu hatinya sudah mulai berbunga jawapannya sejak dulu lagi.
Hatinya sebenarnya turut melonjak kegembiraan apabila mengetahui
kegagalan hubungan Iqbal. Gembira tetapi tidaklah hingga ingin
memilikinya.
Berita
bahawa dirinya ingin digantikan menjadi pengantin perempuan adalah
berita yang mengejutkan. Memang Iqbal sudah mencuit hatinya tetapi
tidaklah ingin memilikinya. Keputusan yang dibuat bukanlah kerana
hatinya tetapi lebih kepada ingin menyelamatkan maruah keluarga Mak
Ngahnya.
"Ada apa awak datang cari saya ni"
"Nak jumpa isteri sendiri pun tak boleh ke?"
"Bukan tak boleh tapi macam pelik je."
"Tak ada yang peliknya sayang, kalau hati dah rindu kalau hati dah sayang."
"Janganlah pegang-pegang. Kita dikawasan kampus kalau orang tenguk nanti jadu buah mulut orang pulak."
"Oklah, abang datang ni nak jemput sayang."
"Jemput pergi mana?"
"Balik
rumah ibu. Abang tahu esok tak ada kelas jadi tak ada alasan sayang tak
dapat nak ikut abang balik." Iqbal tersenyum, pasti berjaya
rancangannya.
Malas untuk memikirkan alasan dan malas untuk bertengkar terus Fida meminta masa untuk berkemas sebentar.
"OK abang tunggu."
"Kata
nak pergi rumah ibu, rasanya ini bukan jalan nak ke rumah ibu." Fida
kehairanan, bukannya dia tidak pernah pergi ke rumah Mak Ngahnya.
"Memanglah bukan rumah ibu, ini rumah kita." Jawab Iqbal sambil membelokkan keretanya kekawasan perumahan.
"Rumah kita? Awak kata kita nak ke rumah ibu? Awak tipu??" Kurang senang Fida atas apa yang Iqbal lakukan.
"Siapa tipu, betullah kita nak pergi rumah ibu tapi bukan hari ni."
"Bila?" belum sempat Iqbal menghabiskan ayatnya Fida sudah terlebih dahulu memintas kata-katanya.
"Sabarlah sayang,janganlah marah."
"Siapa tak marah kalau di tipu."
"Suka hati sayanglah, sekarang ni kita dah pun sampai."
"Saya tak nak turun."
"Janganlah macam tu sayang, takkan sayang nak tidur dalam kereta."
"Suka hati sayalah."
"Susah-susah
sangat abang dukung je sayang nanti. Sayang pun bukanlah berat
sangatkan." Iqbal tersenyum. Bunyinya senada tetapi sebenarnya berbaur
ugutan sayang.
"Abang
malaslah nak cakap banyak, jom." Belum sempat Iqbal ingin
menghampirinya Fida sudah terlebih dahulu keluar dari kereta. Dan Iqbal
tersenyum.
Humm.. pandai juga dia susun atur perabot. Cantik, nampak kemas.
"Beg abang dah letak dalam bilik rehatlah dulu nanti kita makan sama-sama."
"Nak makan apa, kita bukannya singah beli makanan."
"Apa guna ada isteri kalau tak boleh masak untuk suami."
"Saya mana pandai masak."
"Janganlah nak tipu sayang, abang memang nak sayang masak untuk abang hari ni."
"Tak kesian langsung pada saya tau, baru je sampai dah suruh masak."
"Abanng tolonglah nanti sayang."
"Tolong tenguk?"
"Tolong picit bahu sayang, kalau sayang penat abang boleh tolong relakskan." Iqbal bermain-main keningnya nakal.
"Malas nak layan, yang penting saya tak pandai masak." Fida terus naik atas menuju ke bilik yang ditempatkan untuknya malam itu.
"Sayang
turun cepat tau, kita masak sama-sama." Jerit Iqbal. Fida tidak
mempedulikan Iqbal. Terasa sungguh lama menunggu Iqbal naik ke bilik.
"Penat
abang tunggu sayang kat bawah sayang boleh tidur. Nak kena ni." Fida
sememangnya tidak menyedari kehadiran Iqbal masih lagi meneruskan
pembaringan. Tiba-tiba dapat dia rasakan pinggangnya dipeluk erat
pipinya dicumbui mesra.
"Apa awak buat ni? Lepaslah, Iqbal tolonglah jangan buat macam ni." Fida meronta dan merayu.
"Hukuman bagi isteri yang tidak mendengar kata suami. Bayar tunai." Fida sudah duduk menjauhkan diri.
"Bayar tunai?"
"Yup.
Buat dosa dengan suami nanti terus je dapat hukuman, sayang nak?" Iqbal
menarik kaki Fida mendekat tapi sempat dihalang Fida kerana Fida sempat
menuruni katil.
"Jomlah turun masak." haha Iqbal tertawa senang.
Sedang
asyik memasak Iqbal memeluk Fida erat dari belakang. " Awak, saya
tengah masak ni kan" Fida tidak meronta tidak lagi merayu hanya
kata-kata yang menunjukkan dia tidak selesa dengan apa yang dilakukan
walaupun hatinya turut berdetik laju gembira.
"Abang
tak nak lepaskan, bukan abang buat lebih-lebih." Malas ingin bertengkar
Fida teruskan proses memasaknya. Tetapi sukar untuknya menjalankan
tugasnya.
"Abang...." Manja. " Boleh tak abang bagi sayang siapkan masakan ini dulu nanti kalau dah siap sayang panggil abang."
Iqbal terus melepaskan pelukan. terkejut dengan panggilan yang di nanti-nantikan selama ini.
"Boleh,
tapi dengan satu syarat." Iqbal memberi isyarat dipipinya. Faham akan
permintaan Iqbal tanpa berfikir panjang Fida terus memberikan apa yang
diminta. Sungguh gembira atas apa yang Fida lakukan terus diberikan juga
satu ciuman.
huh....
"Awak, jomlah makan."
"Alah, tadi dah syok dak kenapa tukar."
Fida buat-buat tidak faham apa yang Iqbal katakan " Tukar apa?"
"Malaslah nak makan."
Ngada-ngada
betul dia ni tau. Fida tersenyum mendekati Iqbal lantas tangannya
ditarik, terus Iqbal bangun tersenyum menuju ke meja makan.
"Kata tak pandai masak."
Fida
hanya membisu. Lauk disendukkan lantas doa dibaca dan mereka makan
bersama. Pujian demi pujian Iqbal berikan kepada Fida. Berbunga-bunga
hatinya menerima pujian padahal baginya tidaklah sesedap mana
masakannya.
Jam sudah melewati pukul 11, setelah selesai mengemas dengan dibantu Iqbal, Fida meminta izin untuk tidur.
"Awak buat apa dalam bilik ni?" Fida kehairanan setelah melihat kelibat Iqbal di dalam biliknya.
"Nak tidurlah." Jawab Iqbal lantas terus membaringkan badannya bersebelahan Fida.
"Inikan bilik saya?" Fida sudah bangun dari pembaringan.
"Siapa
kata ini bilik awak? Saya taknak kita menjarakkan hubungan kita. Dah
namanya suami isteri kenapa tidak kita teruskan kehidupan kita sebagai
suami dan isteri." Iqbal turut bangun dan kali ini lebih serius. Baginya
dia perlu buat sesuatu untuk mengukuhkan ikantan perkahwinan walaupun
ikatan itu awalnya bukan kerana cinta.
"Biarlah ianya dengan kerelaan bukan kerana paksaan. Apa yang membuatkan awak berubah menyanyangi saya?"
"Betul sayang nak tahu?" Fida mengangguk. Iqbal memusingkan badan Fida agar duduk berdepan dengannya.
"Pertama,
memang dari dulu abang dah sukakan sayang, tapi oleh kerana kita sepupu
abang menidakkan perasaan abang hinggalah abang jumpa dengan perempuan
yang telah mebuatkan kita berkahwin. Yang kedua, kita sudah pun
berkahwin dan abang tak nak sia-siakan perkahwinan ini. Abang yakin kita
akan bahagia seperti pasangan lain. Tapi yang lebih penting lagi, kita
memang dah ditakdirkan untuk bersama."
Fida
nampak keseriusan di wajah Iqbal. Hatinya berbelah bagi, tidak tahu apa
yang harus dia lakukan. Hatinya masih ragu-ragu, adakah kata-katanya
boleh dipercayai. Tapi, sedangkan hatinya juga sudah berbunga lebat
kenapa tidak saja dibajai dengan cinta agar ia akan sentiasa besar dan
kukuh di halaman hati.
"Sudahlah,
dah lewat ni. Sayang fikirkanlah apa yang terbaik untuk perkahwinan
kita ni." Iqbal terus baring tanpa mendengar apa-apa dari Fida. Iqbal
dibiarkan tidur dan Fida memikirkan apa yang harus dia lakukan untuk
kehidupan dan kebaikan mereka berdua. Setelah berfikir panjang, Fida
mengambil keputusan untuk mencuba meletakkan Iqbal sebagai pemilik
tunggal di halaman hatinya. Pelukan pertama diberikan, senyuman dibibir
Iqbal pelukan dibalas.
"Ingatkan dah tidur." Fida malu.
"Belum, saja pura-pura tidur. Takut nanti sayang ambil kesempatan pulak."
"Awak ni." Manja.
"Betul
apa yang saya rasa sekarang ni?" Mereka sudah saling memandang. Dari
sinaran lampu tidurnya dapat dia saksikan anggukan malu Fida. Pelulan
dieratkan dan ciuman diberikan.
"Betul sayang sayangkan abang?"
"Betul."
"Sejak bila?"
"Sejak kita ditakdirkan untuk bersama."
"Betul ni?"
"Ya!"
"Sayang?"
"Sayanglah!!"
Malam
yang ditunggu dan dinanti oleh setiap pasangan yang sudah berkahwin pun
berlaku pada malam mereka membuat keputusan untuk kehidupan mereka.
Perasaan yang tak dapat hendak diungkapkan. Bahagia rasanya bila dibelai
dan disayangi. Cinta-mencintai, sayang-menyayangi itukan lebih bahagia
daripada hidup saling membenci dan memusuhi.
No comments:
Post a Comment