Firman Allah Ta’ala yang bermaksud: “Allah telah menjadikan Kaabah, rumah suci itu sebagai pusat bagi manusia” (Al-Maa’idah:97)
Makkah ataupun Mekah dengan nama penuhnya Makkah al-Mukarramah terletak
lebih kurang 73km daripada timur Jeddah. Makkah merupakan tempat
lahirnya Islam serta Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda
menerima wahyu daripada Allah s.w.t.
Makkah ialah kota paling suci bagi umat Islam. Lima kali sehari, lebih
kurang 1.5 bilion Muslim tidak kira di mana mereka berada, pasti akan
menghadap kiblat di Kota Makkah untuk bersembahyang. Sekurang-kurangnya
sekali dalam seumur hidup seseorang Muslim akan mengerjakan haji pada
bulan Zulhijjah setiap tahun di tempat tersebut.
Di sini juga terletaknya Al Masjid Al Haram yang mana terdapatnya
Kaabah. Mekah merupakan tanah suci di mana berdirinya sebuah struktur
hebat iaitu Kaabah yang menjadi lambang dan panduan qiblat untuk semua
umat Islam di seluruh dunia.
Menurut sejarah Islam, Kaabah dibina semula 12 kali. Para akademik dan
sejarahwan berkata Kaabah dibina semula antara lima hingga 12 kali.
Pembinaan pertama Kaabah dilakukan oleh Nabi Adam as. Allah SWT
menyatakan dalam al-Quran Kaabah adalah rumah pertama dibina untuk
manusia menyembah Allah SWT. Selepas itu, Nabi Ibrahim as dan Nabi
Ismail as membina semula Kaabah, seterusnya pembinaan semula Kaabah oleh
kaum Quraish Rasulullah mengambil bahagian dalam salah satu daripada
pembinaan semula ini sebelum baginda menjadi Rasul. Maka berlakulah
beberapa rentetan peristiwa pembinaan semula Kaabah selepas itu.
Berikut adalah 16 perkara tentang Kaabah menurut kajian sains yang tidak diketahui ramai:
1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. Tekanan
graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan
untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. Graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa
yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi
boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan
dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak
ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada
Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Malah
teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam
Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di
dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
9. Tempat
yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan
aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika
bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa
bumbung masih terasa sejuk.
10. Kaabah
bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang
ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan
tempat yang paling dirahmati.
11. Tidur
dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan
terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel
darah.
12. Pergerakan
mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara
semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak
mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
13. Peredaran
darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru
dengan mengelilingi Kaabah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah
di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga.
Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan
panjang umur.
14. Manakala
bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya.
Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan
melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak
terhad jumlahnya.
15. Larangan
memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma
(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang
dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita
seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk
telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
16. Selepas
selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk
melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di
sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari
segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima
oleh tubuh.
Wallahu’alam….
No comments:
Post a Comment