Makanan
segera memang sebati ngan hidup sebagai seorang student. tapi kalau
selalu sangat makan makanan segera takut jugak bagi kesan buruk kat
badan. macam-macam makanan segera ada kat pasaran. tapi pengguna cuma
tahu beli tapi tak tahu apa kesan yang akan diorang dapat kalau selalu
sangat makan benda-benda camni. so aku pun menggoogle untuk mencari
kesan buruk yang berlaku kat badan kalau selalu sangat makan makanan
segera. dan jumpa lah artikel kat bawah ni :-
Makanan segera banyak aditif / bahan campuran
Salah
satu sebab mengapa makanan segera kurang baik untuk kesihatan ialah
kerana kandungan aditifnya yang berlebihan. Aditif adalah bahan kimia
yang dicampurkan ke dalam makanan dan ubat-ubatan bagi tujuan
meningkatkan kualiti, menambahkan keenakan dan memantapkan kesegaran.
Penggunaan aditif sebenarnya bermula sejak ratusan tahun lalu. Aditif
yang bertindak sebagai pewarna telah digunakan untuk memberi warna
kuning kepada mentega sejak kurun ke-14 lagi.
Contoh
lain aditif ialah bahan-bahan campuran yang diberi nama huruf awal "E",
seperti E101 (Riboflavin), E123 (Amaranth), E211 (Natrium Benzoate),
E249 (Kalium Nitrit), E322 (Lesitin) dan sebagainya. Selain itu, makanan
segera ini lazimnya banyak mengandungi perasa seperti monosodium
glutamate (MSG). Pada asalnya, bahan ini diasingkan daripada sejenis
rumpai laut. Sekarang MSG boleh diperoleh daripada kanji, gula, jagung,
tebu atau lobak bit. Kesan sampingan yang sering dikaitkan dengan MSG
adalah pelbagai. Tanda-tanda sindrom ini termasuk panas badan di
bahagian tengkuk dan belakang tubuh, serta perasaan tertekan di bahagian
dada dan muka. Walaupun demikian, kajian saintifik gagal membuktikan
bahawa kesemua gangguan-gangguan ini disebabkan secara langsung oleh
MSG. Sebaliknya kajian tersebut mendapati kesan sampingan buruk hanya
dialami segelintir pengguna yang alah terhadap MSG. Justeru itu MSG
tetap dianggap selamat dan sesuai digunakan sebagai aditif makanan.
Lemak Berlebihan
Selain
itu, makanan segera sangat terkenal dengan kandungan lemaknya yang
berlebihan. Sebagai contoh, sebiji burger mengandungi sebanyak 35% atau
mungkin lebih lemak. Manakala, kentang goreng dikatakan lebih baik dari
segi khasiat daripada ban yang diperbuat daripada tepung putih halus
tetapi ia direndam dalam lemak, biasanya lemak tepu yang menggalakkan
penyakit jantung di antara 11 dan 16 g lemak. Bagi keju yang dihiaskan
di atas makanan, ia bermakna lebih banyak lemak. Malahan ia bukanlah
keju sebenar tetapi cebisan-cebisan keju bercampur garam, gula,
pengemuisi, asid laktik, pengawet, pewarna dan bahan penambah lain.
Lemak dan garam yang berlebihan pula boleh menyebabkan tekanan darah
tinggi dan penyakit-penyakit lain yang berkaitan dengannya.
Tiada Zat
Ramai
yang tidak menyedari bahawa makanan segera hanya mengandungi hanya
sedikit kalori dan tiada zat. la mampu mengenyangkan perut dan memberi
bahan bakar untuk digunakan oleh tubuh. Bagi kanak-kanak, pengambilan
kalori kosong sebagai makanan snek boleh menyebabkan kurang selera
terhadap makanan lain yang mempunyai khasiat yang banyak dan sangat
diperlukan oleh badan. Kanak-kanak perlu dielakkan memakan makanan yang
manis seperti kek, gula-gula dan air sirap, air berkarbonat kerana ia
tidak mengandungi kalori. Makanan begini hanya mengisi ruang perut
mereka sahaja dan ini menyebabkan mereka menolak manakan berkhasiat
lain.
Untuk
menunjukkan kepada anda kandungan sebenar makanan segera, di sini
disenaraikan makanan ringan (snek) yang biasa anda pesan di sesebuah
restoran:
Burger daging
Mengandungi 4 gram lemak tulen. la membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.
Ayam goreng
Kaya
dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la
membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya
mengandungi MSG dan pewarna kimia.
Kentang goreng
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.
Susu kocak
Susu
ini bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia,
penstabil dan pengemuisi. la juga mengandungi perisa dan pewarna kimia.
Susu membekalkan protein dan kalsium dan lapan sudu teh gula di dalam
bekas yang sederhana besarnya.
Minuman berasaskan Kola
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.
Garam
Secara
purata seseorang itu memeriukan tidak lebih daripada lima gram atau
satu sudu teh sehari. Kebanyakan jumlah ini terdapat di dalam makanan
secara semula jadi. Menurut satu kajian oleh Suruhanjaya Makanan London,
sebiji burger boleh mengandungi dua hingga tiga gram garam.
Gula
Kebanyakan makanan segera amat manis. Bahan pemanis berkalori rendah aspartam, pernah dilaporkan membawa kesan sampingan mudarat
kepada
pengguna. Tetapi pemerhatian berterusan pihak Pentadbiran Makanan dan
Dadah Amerika Syarikat selama lebih sepuluh tahun gagal memperoleh bukti
kukuh tentang kesan bahaya bahan ini. Demikian juga halnya dengan
sesetengah aditif makanan yang dicampurkan ke dalam makanan ringan untuk
kanak-kanak dan remaja.
Serat
Serat
terkandung di dalam buah-.buahan, sayur-sayuran, bijirin dan kekacang
yang memainkan peranan penting di dalam perut. Sesetengah serat
melegakan sembelit atau baik dalam penyerapan kolesterol, dengan itu
membantu mengurangkan kolesterol di dalam darah. la juga membantu
mencegah penyakit jantung dan sesetengah kanser terutamanya usus.
Makanan segera begitu banyak diproses dan ia hampir tidak mengandungi
serat. Serat tidak terdapat di dalam burger ikan dan ayam. Ban biasanya
kurang serat, jika ia berwarna putih dan manis. Hanya ban yang
mengandungi kepingan-kepingan salad sahaja yang mengandungi sedikit
serat.
Vitamin dan zat galian
Jangan
terpedaya dengan dakwaan tentang vitamin dan zat galian di dalam
makanan segera. Memang benar bahan-bahan itu terdapat di dalamnya tetapi
tidak mencukupi memandangkan sejumlah besar lemak, garam dan kalori
anda makan pada masa yang sama. Terdapat sedikit zat besi di dalam
burger, kalsium di dalam keju dan susu, vitamin C di dalam kentang
goreng. Namun, kandungan semua zat pemakanan ini tidak mencukupi dan
terlalu sedikit.
Kesimpulannya,
makanan segera bukanlah pilihan makanan yang terbaik kerana
kandungannya yang tidak berkhasiat. Sebaliknya, kita semua digalakkan
memakan makanan yang segar seperti buah-buahan dan sayur-sayuran yang
tidak dimasak lama. Ini lebih menyihatkan dan baik untuk kesihatan
manusia dalam jangka masa yang panjan
No comments:
Post a Comment