Aduhai
hati yang selalu gundah gulana.. Mengapa perlu difikirkan kehidupan
duniawimu.Sedangkan dunia itu sering menipumu.Bukankah kehidupan ini
penuh dengan majazi? Tipu daya di sana sini? Maka, hendaklah engkau
susun langkahmu penuh hati-hati,Ingatlah, yaitan itu sentiasa tidak
mahu mengaku kalah dan tidak pernah putus asa. Setiap saat masanya
adalah berharga.Tidak dibiar kosong tanpa menyesatkan adam dan hawa.Lantas, bagaimana engkau masih lagi memikirkan hal duniamu?
Perbanyakkanlah
berfikir, renung penuh bererti.. Bagaimana bakal kehidupanmu sewaktu
mengadap Tuhan Rabbul ’Izzati..? Selamatkah dirimu di hari yang tiada
pelindung melainkanNya? Akan beratkah amal yang akan engkau bawa?
Justeru, renungkanlah duhai diri yang lemah. Agar kehidupanmu di dunia sentiasa waspada..
Semoga,
akan hadir dalam hatimu jiwa yang sensitif dengan dosa. Merasakan dosa
itu besar sekalipun pada kesilapan sekecil zarah. Ketahuilah.. itulah
antara ciri-ciri mereka yang aqrab dengan tuhanNya. Yang punya Ihsan
dalam hatinya. Merasa kehadiran Allah dalam setiap sentuhan masa yang
ada.. sekalipun mata tidak melihat, tetapi hati menyakini Allah Maha
Mlihat.
Untuk
apa perlu dirisaukan, aduhai hati yang rawan.. sebuah kehilangan itu
hanya secebis dugaan.. dari Tuhan sekalian alam.. Hilang bukan bererti
tamatnya sebuah kehidupan, tetapi dengan kehilangan itulah darjatmu
ditinggikan. Hairan? Mengapa perlu dihairankan, Allah itu Maha berkuasa,
zat yang sempurna penuh keagungan. Lupakah duhai hati, Allah telah
berjanji dalam kalamNya Izzati..
”Adakah kamu mengaku beriman, sedangkan kamu belum diuji?”
Maka, hadapilah ujian dengan sejuta kesabaran. Percayalah, yakinlah sepenuh hatimu..
Hanyasanya Allah bersama-sama mereka yang sabar.
Aduhai
hati yang penuh kesedihan.. Mengapa perlu ditangisi sebuah perpisahan?
Bukankah semua kita akan pergi.. pulang kepangkuan Tuhan. Dialah yang
menjadikan.. Dan padaNya jua segalanya akan dikembalikan. Lupakah
engkau, hidup di dunia ini sekadar persinggahan. Yang kekal hanyalah
amalan sebagai teman. Itulah teman dalam perjalanan menuju sebuah
keabadian..
Maka,
janganlah engkau lalaikan hatimu dengan kehidupan yang sementara ini.
Janganlah engkau tangisi lagi sebuah perpisahan sementara.. akan tetapi,
hadapkanlah wajahmu sentiasa kepada Allah.. Penuhkanlah jiwa dan hatimu
dengan dzikrullah memuji kebesaranNya. Juga sibukkanlah hari-harimu
dengan amalan makruf nahi mungkar, mengikut sunnah kekasihNya.
Yakinlah,
barangsiapa yang dihatinya ada Allah, dan mengutamakan Allah atas
segala apa yang dilakukannya, Allah akan seiringkan pekerjaannya dengan
pertolonganNya. Bekerja keraslah engkau untuk hari esokmu yang abadi.
Berbekallah dengan amalan yang menguntungkanmu di sana nanti. Ingatlah,
sebaik-baik bekalan adalah taqwa.
Duhai
diri yang lemah.. Kembalikanlah hatimu kepada Rab.. Kerana Dia lah
pemilik segala yang engkau miliki.. Segalanya hanya pinjaman untuk
menguji. Kentalkanlah semangat juangmu. Jadilah seperti syaidatina
Aisyah, puterinya Syaidina Abu Bakar..
Walau
fitnah mencalar maruah, Dia tetap Aisyah! Walau rumahtangganya di landa
badai anggkara si munafiq durjana, tetap teguh pendiriannya, menggunung
tawakalnya. Pada Allah dia berdoa, mengharap furqan agar tenggelam
segala nista. Insafilah duhai diri yang lemah, Allah sengaja menguji
sekeping hati yang kecil.. sebagai tukaran untuk mendapatkan habuan yang
lebih besar kelak.
Maka bersyukurlah kerana engkau insan terpilih.
No comments:
Post a Comment